SHAH ALAM 12 Sept. – Mohamed Azmin Ali ternyata tidak peka dengan hak rakyat apabila terus membisu dalam isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sedangkan desakan oleh pelbagai pihak disuarakan supaya Menteri Besar itu memberi penjelasan sebenar mengenai kewajaran penubuhan syarikat terbabit.
![]() |
| Mohamed Azmin Ali |
Setiausaha Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, rakyat kini tertanya-tanya dengan penjelasan
Timbalan Presiden PKR itu sebelum ini yang mendakwa DEIG masih belum beroperasi sedangkan bayaran zakat sudah dikeluarkan. Menurutnya, sebagai rakyat, mereka berhak mendapat jawapan daripada Mohamed Azmin kerana masyarakat semakin lama semakin keliru.
“Beliau sering kali mengeluarkan hujah bahawa DEIG masih lagi belum beroperasi namun persoalannya bagaimana pula dengan transaksi zakat yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut?
Selain itu, dakwanya, DEIG turut menyerahkan replika cek bayaran zakat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi Mohamed Azmin sendiri dalam satu majlis yang difahamkan diadakan pada 6 Julai lalu berjumlah RM2.5 juta.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang turut menyatakan, isu bayaran zakat oleh DEIG mencetuskan kekeliruan susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Hussin Mohd. Ali menerusi laporan media pada 6 September lalu yang mengesahkan tiada bayaran zakat sebanyak RM5 juta diterima daripada syarikat berkenaan.( Utusan online-).Posted by abnmulya /hj.bakar ninggal.blogspot.com.at 2.33 am om Septeember 13,2015.


No comments:
Post a Comment