KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pemimpin DAP dan pembangkang lain tidak wajar sama sekali menuduh Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan 16 September ini suatu bentuk provokasi kerana DAP sendiri yang mencetuskan provokasi itu terlebih dahulu menerusi penglibatan sebahagian besar penyokong Cina mereka menerusi Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.
![]() |
| Datuk A. Chandrakumanan |
“Kamu cakap Himpunan Rakyat Bersatu atau kumpulan Baju Merah akan membuat provokasi, tetapi daripada mana provokasi itu bermula? Kamu telah pecah belahkan kaum jika dilihat dari Bersih 4.0 dengan hanya 10 peratus sahaja penyertaan orang Melayu tetapi sebahagiannya penyokong Cina DAP.
“Tindakan kencing dan pijak gambar pemimpin adakah budaya kita? Oleh kerana siapa provokasi ini? Oleh penyokong Cina DAP. Kalau DAP tidak menghasut penyokong Cina mereka secara maksimum, ini tidak akan berlaku.
“Mengapa dulu Bersih 4.0, pihak berkuasa kata jangan buat masa menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2015, kamu tetap buat, mengapa dulu diminta buat dalam stadium, masih tetap buat di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan berkepentingan Melayu?
Ini bila ‘kumpulan Baju Merah’ mahu buat pada sambutan Hari Malaysia nanti, kamu pula boleh kata ini suatu bentuk provokasi,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.
“Apa motif dia berkata begitu? Adakah akan datang seseorang menyamar dengan memakai baju merah, seterusnya mencetuskan pergaduhan? “Adakah kerana elok ‘dibiarkan’, maka nak kacau, provokasi atau salahkan kerajaan jika sesuatu berlaku?
Sudahlah himpunan Bersih 4.0, kamu (penganjurnya) letakkan semua tanggungjawab kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuklah sehingga soal sampah-sarap yang berterabur selepas himpunan itu, tetapi bila masa kamu, kamu ambil kesempatan, bila masa orang, kamu salahkan mereka pula,” kata beliau.( Utusan online-).Posted by abnmulya /hj.bakar ninggal.blogspot.com at 2.10 am on Sepetember 13,2015.

No comments:
Post a Comment