Friday, September 11, 2015

KAMARUL BAHRAIN NAFI WANG AKAT DARIPADA (DEIG).

12 September 2015 1:39 AM 

SEREMBAN 11 Sept. – Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Bah­rain Abbas hari ini menafikan beliau menerima wang zakat daripada Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Sebaliknya bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan, beliau mengaku menerima wang zakat sebanyak RM74,000 daripada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) pada 12 Julai lalu. 

Kamarul Bahrain Abbas
Jelas Kamarul Bahrain, beliau diamanahkan oleh MBI sebagai wakil di Parlimen Telok Kemang untuk mengagih-agihkan kepada asnaf berdasarkan kriteria ditetapkan.

“Memang saya terima wang sebanyak RM74,000 berkenaan tetapi ia bukan datang daripada DEIG sebaliknya wang zakat itu daripada MBI," katanya ketika dihubungi di sini.

Utusan Malaysia ha­ri ini melaporkan Setiausaha Ahli-Ahli Dewan Undangan Ne­­geri (ADUN) Barisan Nasional Se­langor, Budiman Mohd. Zohdi DEIG didakwa menyalurkan wang zakat dalam program di Negeri Sembilan 12 Julai lalu.

Selain itu, dakwanya, DEIG turut men­yerahkan replika cek bayaran zakat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi Mohamed Azmin sendiri dalam satu majlis yang difahamkan diadakan pada 6 Julai lalu berjumlah RM2.5 juta.

Ditanya mengenai sama ada beliau menge­tahui wang berkenaan daripada DEIG, beliau menjelaskan wang itu sememangnya daripada MBI dan beliau tidak tahu menahu mengenai soal DEIG.( Utusan online-).Posted by abnmulya /hj.bakar ninggal.blogspot.com.at 145 hrs on Sept.,12,2015.

No comments: