Friday, September 11, 2015

Azmin perlu mohon ampun kepada Sultan

12 September 2015 1:39 AM 

Datuk Seri Noh Omar
SHAH ALAM 11 Sept. – Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali digesa me­mohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana didakwa memberi maklumat kurang tepat kepada ba­ginda berhubung penyerahan replika cek sumbangan zakat yang terdapat logo Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, perbuatan tersebut jelas berbeza dengan keadaan sebenar kerana Mohamed Azmin sebelum ini menyatakan syarikat pelaburan milik kerajaan negeri itu masih belum beroperasi.

Mohamed Azmin Ali
Menurutnya, penggunaan logo DEIG dalam cek tersebut menggambarkan sumbangan zakat itu adalah daripada hasil perniagaan DEIG, sedangkan sebelum ini syarikat terbabit dikatakannya masih belum memulakan operasi.

“Nak sembah replika cek kepada Sultan letak lambang DEIG, apa tujuannya sedangkan beliau (Mohamed Azmin) menyatakan DEIG belum lagi memulakan operasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan Futsal Anak Muda Piala Perdana Menteri, di sini hari ini. 

Semalam, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor mendedahkan tentang dakwaan DEIG menyerahkan zakat berjumlah RM2.5 juta kepada Sultan Selangor dalam satu majlis yang diadakan pada 6 Julai lalu.( Utujsan online-).Posted by abnmulya / Hj.bakar ninggal.blogspot.com at 2.42 am on September 12,2015.

No comments: