Thursday, September 24, 2015

Pakatan Harapan Ditakuti Bertukar Jadi Pakatan Putus Harapan.?


Bergambar ramai setelah penubuhan gabungan"Pakatan Harapan"untuk persedaan menempuh Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018 nanti. Nombor  3 dari kanan ialah Datin Dr.Wan Aziah Ismail, presiden PKR.Nombor  2 dari kanan Mat Sabu,Presiden parti "Amanah" yang belum dilulus sepenuhnya oleh ROS.




Jumaat,September 25,2015 @ 3.04am

"Pakatan Harapan"Tiada Kaitan dengan pantadbiran kerajaan Selangor," ujar Azmin Ali dengan nada suara yang tegas,bila ditanya oleh para wartawan sebaik sahaja selesai mesyuarat (Meja Bulat) antara tiga parti iaitu PKR.DAP/AMANAH.

Parti PAS dibawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang,selaku Presidennya dan Datuk Dr. Haron Din,sebagai Mursyidul Am PAS yang baru setelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Parti PAS didapati telah memboikot persidangan Meja Bulat oleh 3 parti itu untuk menubuhkan satu pakatan parti-parti pembangkang yang baru itu dengan sebutan "Pakatan Harapan" untuk mengantikan nama lama gabungan yang dulunya disebut sebagai gabungan "Pakatan Rakyat".
Azmin Ali,Tim.Presiden
parti PKR

Selaku pakatan  harapan yang baru? Dari segi perhitungan politik berdasarkan kira-kira untung ruginya?

Denagn mudah dapat disimpulkan bahawa penubuhan gabungan itu dilihat kurang "umphnya"berbanding dengan penubuhan 'Pakatan Rakyat" itu dulu.

Sekaligus boleh dinilai tidak memberi sebarang keuntungan atau sebarang manfaat pada jangka pendek berhubung dengan penubuhan itu hatta manfaat pada jangka panjangnya pun masih kabur dan terus berjerubu tanpa parti PAS menyertainya.

Setakat ini,Pas telah menolak bulat-bulat untuk berada di dalam "Pakatan Harapan" itu, disebabkan ada dua buah parti politik yang merupakan seteru politik Pas iaitu,parti DAP dan AMANAH?
Mat Sabu

Kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Pas itu telah pun diisikan dengan parti ( AMANAH) di mana tokoh-tokoh pemimpin utamanya? 

Adalah golongan tokoh-tokoh politik serpihan PAS yang telah kalah teruk pada pemilihan Muktamar Pas pada bulan JUne 2015 dulu itu.

Kalah teruk dengan cara (kalah setadan) seperti kata Mat Sabu,bila beliau mengimbau kembali tentang sejarah kekalahannya dan juga geng 18-nya itupada Muktamr tahun pemilihan parti Pas pada June 2015 dulu.

Ertinya tiada tokoh-tokoh pemimpin yang boleh dijadikan daya tarik agar berduyun-duyun rakyat datang menyertai parti AMANAH yang baru ini di mana pengesahan secara rasminya dari ROS masih tergantung lagi.
Wajidi Yusof Rawa
( Amanah)

TAK ADA APA-APA KEKUATANNYA?

Kalau kita bercakap fasal kekuatan politik? Tidak siapa pun yang berani menafikan bahawa kewujudan gabungan "Pakatan Harapan" itu didapati  tidak punya apa-apa kekuatan yang boleh memberi cabaran kepada kerajaan Umno/BN pimpinan Datuk Seri Tun Razak, pada masa ini mahupun pada Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018 itu nanti?.

Apa yang boleh diharapakan sangat dengan kewujudan parti Amanah ini.Selain ia merupakan parti yang baru yang tidak mempunyai kekuatan "grass rootnya"di akar umbi berdasarkan dengan jumlah cawangan-cawangan dan bahagian yang mereka punyai pada masa ini?

Untuk menubuhkan cawangan-cawangan dan bahagian-bahagiannya itu aje mesti memerlukan ongkos wang ringgit yang sangat besar?
no 
Sallehudin Ayob(Amanah)

Selaku parti yang baru? Parti AMANAH ini terpaksa menghadapi keadaan kewangan yang terbatas .

Sedangkan di masa sekaranag ini ? Sudah jadi amalan yang rasmi bahawa segala jentera parti? Tak kira parti lama atau pun yang baru? IA,memerlukan dana kewangan  yang besar untuk digerakkan?Jika no money? Maka no honey-lah padahnya.

Ketika penulis balik ke kampung  semasa hari rya puasa dulu.Penulis telah didatangbi oleh bebereapa tokoh pemipn Pas di cawangan Kg.Umbnai dan cawanganTeluk Mas Melaka.

Mereka ada memberi tahu penulis bahawa mereka telah didatangi oleh kadar-kadar parti baru pimpinan Mat Sabu itu yangmemujuik mereka tinggal Pas dan sertai parti pimpinan Mat Sabu itu.

Penulis tanya,"Apa yang kau jawab?". Saya beritahu mereka jika mereka mahu cawangan kami bubar dan tubuhkan cawangan parti Mat Sabu itu."Boleh, tapi dengan syarat parti Mat Sabu itu mesti beri dulu mereka 20 ekor lembu ternakan" ujarnya.

Penulis tanya apa yang mereka jawab? Dengan ketawa besar lantas mereka menjawab"Orang-orang Mat Sabu itu diam aje lantas angkat buntut terus pergi dan tak datang-datang lagi ke cawangan kami hingga kini,"katanya.

Dari mana sumber kewangan yang akan diperolehi oleh parti AMANAH itu?  Jika nak ikut style parti PAS  di zaman permulaan mereka berjuang dulu-dulu itu di mana mereka terpaksa menadah uncang baik di mana sahaja mereka membuat ceramah politik?

Penulis tak rasa cara menadah uncang itu masih releven bagi parti AMANAH .Cara ini dah ketinggalan di zaman kemajuan ini.Sedangkan  janji-janji mereka kepada rakyat dilihat semuanya grand belaka? Kononnya nak melebihi dari apa yang sedang dan telah dilakukan oleh PAS.
Dr.,Hatta Ramli ( Amanah)

Bagaimana boleh dipercayai parti AMANAH boleh melaksanakan program dan projek-projek yang besar-besar bagi manfaat pada rakyat miskin?

Jika masih membawa uncang ke sana ke mari menagih simpati dan bantuan dari rakyat kampung-kampung? Umumnya hidup rakyat di kampung-kampung itu dalam keadaan miskin juga?

Sedangkan kerajaan Umno/BN didapati terus memberi wang BRIM pada rakayt miskin yang layak menerimanya setiap tahun dan setiap tahun pula semakin bertambah pula peruntukan wang  untuk penerimaa BRIM itu.
Dr.Zulkifle Ahmad (Amanah)

Azmin Ali amat arif dengan senario itu?Justeru beliau cepat-cepat membuat kenyataan politiknya bahawa penubuhan "Pakatan Harapan" gabungan baru parti PKR bersama DAP dan AMANAH,tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan Selangor.

Ertinya  jika ada pun parti-parti tertentu di dalam Pakatan Harapan itu cuba nak bertindak terhadap Pas yang punya 3 orang ahli EXCO di dalam pentadbiran Selangor itu?


( Khlid Samad ( Amanah)
Azmin Ali lebih awal telah memberi amaran secara terang-terangan agar jangan ada golongan yang nak cuba tunjuk pandai dan banyak songel dengan kekalnya PAS masih berada di dalam gabungan PKR/PAS di Selangor.

Azmin benar-benar sedar bahawa walaupun PKR/DAP ada sebanyhak ( 30) kerusi ADUN di Selangor? Jika Shaari Sungip dan Baharudin masih memilih berada di dalam PKR?

Realitinya? Belum boleh dikatakan kerajaan PKR/DAP masih tetap selamat sejahtera? Banyak vairus-vairus lain di luar jangkaan, harus diberi petimbangan yang wajar secara berwibawa.

JIka salah tafsir? Mengakibatkan PKR/DAP secara tak di sangka-sangka akan  jadi parti pembangkang di dalam Dewan Undangan Selangor ( DUN)? Walhasil balik ke asal?
Hanifah Maidin ( Amanah).

Kejadian semacam inilah? Sangat-angat ditakuti oleh Azmin Ali yang baru setahun jagong jadi Menteri Besar Selangor.Itulah di anatara sebab-sababnya Azmin Ali berulang kali menegaskan bahawa PKR harus kekal bekerjasama dengan parti PAS di Selangor.,

Kerana ke tiga-tiga parti  PKR/PAS/DAP walaupun masing-masing menang banyak kerusi ADUN di dalam DUN Selangor?

Tetapi sesudah PAS tidak ada lagi berkerja sama politik (berputus arang) dengan DAP? Kekuatan PKR/DAP sudah jadi begitu goyah? Macam telur di ujung tanduk?Bila-bila telur itu boleh jatuh dan pecah berderai jadinya.

"Gabungan Pakatan Harapan" yang baru ditubuhkan itu sekelip mata akan bertukar menjadi "Putus Sudah Harapan?" Maka gelaplah masa depan. Celakalah badan? ( Posted by abnmulya /Hj.Bakar Ninggal.blogspot.com at 3.04 am on September 25,2015.

No comments: