Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semua mereka bakal berdepan tindakan digantung parti termasuk digugurkan jawatan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ketujuh-tujuh pemimpin itu yang sedang dalam siasatan.
Jelas beliau, keputusan jawatankuasa itu akan dibentangkan ke peringkat Majlis Presiden parti sebelum dibawa kepada jawatankuasa disiplin.
“Saya tidak akan dedahkan nama dan siapa mereka tetapi mereka sendiri pasti tahu siapa diri mereka.
“Mungkin kamu juga pun tahu siapakah mereka itu kerana kamu telah melihat apa yang sedang berlaku ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ditanya adakah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tujuh pemimpin yang disiasat itu, Tengku Adnan enggan mengulas lanjut.
Tengku Adnan pa­da masa sama menggesa mana-mana pe­­mimpin atau ahli UMNO meninggalkan parti jika tidak lagi mempercayai parti itu.
Menurutnya, UMNO tidak mahu ada antara ahli menjadi ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘anai-anai’ dalam parti.
Mengulas mengenai pembatalan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan Jumaat ini, Tengku Adnan berkata, ia perkara biasa jika tidak ada perkara penting yang mahu dibincangkan.
Pada 12 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu sidang akhbar mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) te­lah dikenakan terhadap pengkritik-pengkritik kerajaan sedangkan akta tersebut seharusnya digunakan untuk menangani aktiviti keganasan.
Akibatnya beliau mendakwa, rata-rata rakyat ketika ini mula mempersoalkan tindak­an kerajaan itu atas dakwaan menyalahgunakan undang-undang untuk menahan mereka yang mengkritik kerajaan.
Apa yang mengejutkan sidang akhbar Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya itu turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Raza­leigh Hamzah.
Turut hadir bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan vete­ran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid di lokasi sama.( utusn online-politik).Posted bya abnmuly // haji abu bakar ninggal.blospot.com.at 11.12  am onOkt.,29,2015.