Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UM­NO Kedah, Datuk Shai­ful Hazizy Zainol Abidin berkata, sebagai sebuah parti yang sentiasa mendakwa mereka jujur, bersih dan telus, adalah tidak wajar sekiranya parti pembangkang berkenaan terus berdegil apabila enggan mendedahkan sumber dana politik yang diperoleh.
“Mereka (parti pembangkang) bertindak seolah-olah ‘cakap tidak serupa bikin’. Sememangnya sikap berdiam diri sudah dapat diduga sejak dari awal lagi.
“Pemuda UMNO Kedah mencabar semua pemimpin pakatan pembangkang mengisytiharkan harta dan dana mereka terlebih dahulu bagi mencerminkan ideologi dan perjuangan telus yang sering diperkatakan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan daripada beberapa pemimpin politik sebelum ini mengenai parti pembangkang yang ber­terusan merahsiakan siapa penyumbang dana politik mereka.
Shaiful Hazizy berkata, biarpun pakatan pembangkang masih dalam kategori baharu ditubuhkan, namun perbelanjaan parti-parti tersebut dilihat dalam skala besar dan mencurigakan.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah sewajarnya bagi semua negeri yang ditadbir pakatan pembangkang supaya mengisytihar dana politik mereka tanpa berselindung.
Menurut Shaiful Hazizy, Pemuda UMNO Kedah menghargai inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengkaji mekanisme penyaluran dana politik menerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).( utusan online-politik).posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.21 am on Okt.,29,2015.