NOH OMAR

Pengerusi Badan Per­hubungan UMNO ne­ge­ri, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu harus dilakukan sekiranya kerajaan negeri benar-benar prihatin mahu mengurangkan tanggungan rakyat dalam kumpulan pendapatan tersebut untuk memiliki kediaman sendiri.
Sambil memberikan contoh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), beliau berkata, anak syarikat itu sebelum ini menerima sejumlah besar rizab tanah daripada kerajaan negeri selaras matlamat penubuhan asalnya untuk memastikan pengagihan serta pertumbuhan sosioekonomi yang adil.
“Maka, dalam soal penstabilan harga perumahan di Selangor sebagai contoh, PKNS mungkin boleh memainkan peranan yang tidak boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat pemaju swasta lain.
“PKNS boleh menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan sederhana yang tidak berpeluang mendapat rumah mampu milik kerajaan negeri tanpa berasaskan kepada harga pasaran semasa yang terlalu tinggi.
“Kerajaan negeri tidak perlu menangani isu dan harga perumahan melibatkan kepentingan rakyat seolah-olah seperti syarikat swasta,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Noh, usaha untuk menurunkan harga rumah boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri menerusi kaedah timbal-balik dengan me­nurunkan premium tanah atau lain-lain caj kepada anak-anak syarikatnya yang membangunkan projek perumahan untuk rakyat negeri ini termasuk syarikat-syarikat swasta lain.
Dalam perkembangan berkaitan, Noh turut mempersoalkan keputusan kerajaan negeri mengenakan premium tanah kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang difahamkan berhasrat mahu membangunkan projek perumahan untuk golongan miskin di atas tanah miliknya di negeri ini.
Jika benar, tegas beliau, kerajaan negeri harus memberikan pengecualian atau pengurangan premium tanah kepada badan pengurusan agama Islam tersebut untuk melaksanakan projek seumpama itu.
“Namun, saya difahamkan, MAIS turut dikenakan premium tanah pada kadar yang sama seperti syarikat-syarikat pemaju swasta lain.
“Ekoran itu, saya difahamkan MAIS tidak dapat membangunkan projek perumahan tersebut kerana kosnya tinggi,” ujarnya ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.46 am on Oktober 28,2015..