Pandikar Amin Mulia

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, segelintir Ahli Parlimen seolah-olah ‘dirasuk’ sehingga tidak dapat mengawal perkataan yang keluar dari mulut mereka.

Beliau memberitahu, setiap Ahli Parlimen sepatutnya mengawal diri daripada menuturkan perkataan yang tidak akan mereka ucapkan di luar sidang Dewan Rakyat.

“Adakah dewan perbahasan ini mempunyai jin, hantu dan jembalang yang merasuk kita, yang langsung kita tidak boleh tepis?

“Bukan semua bersikap begitu tetapi perlu dikawal,” katanya selepas sesi perbahasan Bajet 2016 disambung semula selepas rehat dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar Amin merujuk kepada kekecohan yang tercetus ketika usul tindakan terhadap Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) kerana menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu.

Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) ketika mencelah perbahasan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata:

“Bukankah itu tujuan Tuan Yang Dipertua, kita ada satu peraturan khas di bawah Aturan Mesyuarat 80 untuk memberi Yang Berhormat Gelang Patah a right to be heard bukan a right to be heard oleh binatang macam ini.”

Ramkarpal kemudian menarik balik celahannya setelah diarahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee untuk berbuat demikian.( UTUSAN ONLINE-PARLIMEN).. Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.25 noon on Oktober 27,2015.