Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah tersebut adalah bagi memberi peluang kepada Naib Presiden PKR itu menjelaskan tindakannya kepada jawatankuasa tersebut.

Katanya, hal demikian kerana Nurul Izzah gagal memberikan jawapan jelas berhubung perjum­paannya dengan Jacel.

“Meskipun Nurul Izzah cuba memohon maaf atas perbuatannya itu, sebagai seorang Ahli Parlimen, tindakannya itu tidak boleh diterima, bercanggah dengan ikrar yang dilafazkan untuk melindungi kedaulatan negara dan mengangkat keluhuran Perlembagaan.

“Ini bermakna, beliau sedar sepenuhnya tentang hal ehwal kedaulatan negara. Kerajaan ingin tegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang pengingkaran kepada ikrar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Izzah sebelum ini dilaporkan bertemu dengan Jacel di Manila, Filipina berikutan penyebaran gambar beliau dengan anak sulung ketua pengganas berkenaan.

Azalina menambah, gambar Nurul Izzah dengan pihak yang menceroboh Lahad Datu, Sabah sebelum ini mencerminkan ketidaksetiaan kepada negara.

Berdasarkan kes sebelum ini yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, seseorang Ahli Parlimen terlibat boleh disyorkan supaya dikenakan hukuman termasuk digantung daripada menghadiri persidangan untuk tempoh tertentu atau tidak diambil apa-apa tindakan jika jawatankuasa berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Dalam pada itu, ketika ditemui, Azalina berkata, usul berkenaan akan dibentangkan di Dewan Rak­yat pada 3 Disember ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan Nurul Izzah untuk memanfaatkan peluang yang diberikan untuk membela diri dan menjelaskan perkara sebenar di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Jawatankuasa hak adalah platform terbaik bagi Nurul Izzah untuk membela diri. Bagi saya, saya mencabar dia semasa pembenta­ngan usul agar jangan bahas, terus terima fakta ini dan terus bela diri menerangkan kedudukan sebenar untuk menuntut hak,” katanya.

Azalina menambah, Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen perlu matang dengan berdepan isu ini kerana ia melibatkan keharmonian negara khususnya rakyat Sabah.

“Jangan sensitif, jangan emosional. Jawatankuasa hak ini tidak meminta anda untuk dihukum. Kerajaan berlaku adil.

“Kita beri dia peluang untuk membela diri, nak marah, nak saman-saman orang kenapa? Bagi saya beliau perlu matang, kerana rakyat Sabah ramai yang kecewa dengan beliau sekarang ini,” katanya.(utusan online).Posted by abmulya //haji abu bakar ninggal.bnlogspot.com.at 10.50 an on November 27,2015.