Datuk Seri Abdul Hadi Awanag |
Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 yang cuba dibentangkan itu menurut saman pemula itu, bukan sahaja didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malahan dianggap mengelirukan bahkan dikatakan suatu cubaan untuk memperluaskan kuasa Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tanpa batasan.
Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakilli Abdul Hadi memberitahu pemberita, permohonan pihaknya dibenarkan oleh Hakim Datuk Asmabi Mohamad atas alasan kesemua empat individu tersebut tiada hak di sisi undang-undang untuk mengemukakan permohonan tersebut.
Menurut peguam itu, hakim juga berpendapat permohonan empat individu mengemukakan tindakan itu melalui saman pemula adalah tidak betul kerana ia sepatutnya dibawa melalui semakan kehakiman.
Empat individu tersebut ialah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin. Mereka selaku pihak plaintif diwakili oleh peguam Siti Kasim dan Farez Jinnah-Utusan online).Posted by abnmulya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 1150 pm on November 09,2015.
No comments:
Post a Comment