Friday, November 20, 2015

PAS sudah menjangka,tiada terperanjat --Haron Din


20 November 2015 2:45 AM 

KUALA LUMPUR 19 Nov. –Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang melucutkan jawatan 300 ahli Pas daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu disifatkan sebagai membalas dendam dan melepaskan geram.

Ini ekoran tindakan Pas yang tidak menyokong penubuhan pembangkang baharu di negeri itu.

Datuk Dr.Haron Din
Walau bagaimanapun, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak terperanjat sekiranya DAP mengambil tindakan drastik tersebut, namun tidak menyangka pemecatan begitu banyak ahli Pas yang memegang jawatan dalam JKKK.

Katanya, perhatian perlu diberi kepada DAP kerana mereka mampu melakukan apa sahaja demi kepentingan parti walaupun menerima tentangan daripada rakyat.

“Pas sudah menjangka beberapa perkara akan berlaku apabila terputus hubungan dengan DAP, namun tidak sehingga memecat seramai itu.

Tindakan itu dilihat seolah-olah DAP begitu mudah melupakan sumbangan serta jasa ahli Pas yang mendukung pakatan pembangkang sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Haron, sikap yang ditonjolkan parti itu perlu diberi perhatian oleh masyarakat umum kerana mereka menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri walaupun menjejaskan orang lain,

 “Saya menganggap tindakan tersebut sebagai refleks yang bermotifkan balas dendam dan lepas geram. Tidak mengapa, kita terpaksa menerima kerana berada dalam keadaan di bawah perintah. 

“Tetapi bermula hari ini rakyat akan mengetahui sikap sebenar DAP yang begitu mudah melupakan jasa serta pengorbanan seseorang demi kepuasan sendiri secara lebih dekat,” katanya. -( Utusan online-).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.10 am on November 21,2015.

No comments: