Ini adalah kejuaraan keempat Chong Wei di Hong Kong selepas turut muncul juara pada 2013, 2010 dan 2009.
Kemenangan terbaharu ini hampir pasti bakal melonjakkan lagi ranking jaguh perseorangan negara itu daripada kedudukan keenam dunia ketika ini, menjelang penutup musim 2015.
Chong Wei, 33, akan beraksi dalam satu lagi kejohanan iaitu Grand Prix Emas Terbuka Macau pada 24-29 November ini, sebelum kembali ke tanah air bersama jurulatihnya, Tey Seu Bock.
Empat lagi kejuaraan yang diraih bekas pemain No. 1 dunia itu tahun ini adalah Terbuka Amerika Syarikat, Terbuka Kanada, Terbuka Perancis dan Terbuka China. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal blogspot.com at 1938 hrs on November 22,2015.