KUALA LUMPUR 6 Nov. – Polis hari ini mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang dipercayai berbaur fitnah semasa perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara pada 30 Ogos lalu.
Mahathir Mohamad |
Keterangan itu diambil oleh sepasukan polis daripada Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang hadir ke pejabat Dr. Mahathir di Yayasan Albukhary, Jalan Pahang, di sini kira-kira pukul 11 pagi sebelum meninggalkan bangunan itu 45 minit kemudian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bekas Perdana Menteri itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung dakwaannya terdapat Ketua UMNO Bahagian menerima rasuah.
Menurut beliau, berikutan kenyataan yang dibuat Dr. Mahathir itu, beberapa laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan yang dilemparkan tersebut.
“Susulan beberapa laporan yang kami terima, kami hadir ke pejabat beliau untuk mengambil keterangan,” katanya ketika di hubungi di sini hari ini.
Semasa perhimpunan haram Bersih 4.0 pada 30 Ogos lalu, Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan mendakwa terdapat Ketua UMNO Bahagian menerima rasuah.
Berikutan itu, kertas siasatan telah dibuka susulan beberapa laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan yang dikeluarkannya.
Sementara itu, Dr. Mahathir ketika ditemui menegaskan beliau menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mahu menangkap beliau.
“Mereka bertanyakan soalan dan saya tidak jawab dan saya tidak tahu apakah sebab saya disiasat dan saya serah kepada mereka.
“Saya juga menyerahkan segala keputusan kepada mereka sekiranya mereka menahan saya,” katanya ketika ditemui sejurus meninggalkan pekarangan pejabatnya kira-kira pukul 1.15 petang.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut menafikan khabar angin kononnya akan meninggalkan UMNO.
“Tidak. Ini adalah parti saya,” tegasnya.
Dalam pada itu, salah seorang peguam yang mewakili Dr. Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla ketika ditemui berkata, kenyataan yang diambil bukan hanya mengenai perhimpunan Bersih malah ia turut membabitkan beberapa isu lain.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.( Utusan onlline).Posted by abnmulya //hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.05 am on November 07,2015.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.( Utusan onlline).Posted by abnmulya //hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.05 am on November 07,2015.
No comments:
Post a Comment