PUTRAJAYA 15 Dis. – Pihak yang berterusan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang RM2.6 bilion daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu tampil mengemukakan bukti daripada asyik bercakap kosong hingga menyebabkan fitnah dan perpecahan.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri telah mengesahkan wang tersebut merupakan derma daripada seseorang selepas pihaknya menjalankan siasatan terperinci.
Beliau berkata, pengesahan tersebut sepatutnya diterima oleh semua pihak kerana SPRM merupakan sebuah badan yang telus dan berkredibiliti, namun situasi sekarang amat mendukacitakan apabila masih ada pihak yang terus-menerus mendakwa wang terbabit diperoleh daripada 1MDB.
‘‘Jadilah anak jantan. Sila kemukakan bukti yang boleh membantu SPRM menyelesaikan siasatan daripada asyik bercakap kosong dan menghasut rakyat untuk menghentam Perdana Menteri.
‘‘Kita tidak mahu budaya menghasut rakyat ini berterusan. Hentikan isu ini dengan segera kerana SPRM sendiri telah pergi bertemu dengan penderma dari Asia Barat itu untuk mengesahkannya,’’ katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM di sini hari ini.
Menurut Ramesh, beliau telah menyerahkan 10 pautan artikel di internet berkaitan tuduhan yang tidak berasas itu bagi membantu SPRM menjalankan siasatan.
Artikel tersebut memaparkan beberapa kenyataan pemimpin pembangkang termasuk kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
‘‘SPRM perlu memanggil pihak yang membuat kenyataan sesuka hati itu untuk membantu siasatan dan minta mereka mengemukakan bukti kukuh berhubung kenyataan yang dikeluarkan, sekarang mereka lantang menuduh Perdana Menteri, namun apabila dipanggil ke mahkamah, mereka menikus.
‘‘Jika pembangkang mendakwa mana ada orang sebodoh atau segila itu hendak menderma sebanyak RM2.6 bilion, saya ingin bertanya adakah pengasas syarikat perisian komputer Microsoft, Bill Gates juga bodoh atau gila apabila menderma RM40.6 bilion untuk vaksin bagi kanak-kanak,’’ katanya( .
( Utujsan on line -politik0.Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 1650 hrs on Disember 16,2015.
( Utujsan on line -politik0.Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 1650 hrs on Disember 16,2015.
No comments:
Post a Comment