Penentu masa depan orang Melayu
FITRIE ZARIQ ZAIN : 16 Disember 2015.@ 1.24am.
Dr.Azmi Hassan |
Kuala Lumpur Dis15: Kerjasama antara UMNO dan PAS perlu menjadi realiti berilitam kedu-dua parti tersebut akan menentuka masa depan orang Melayu selain survival politikmasing-masing..
Penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata, kerjasama yang dimaksudkan bukan ke arah penggabungan tetapi memadai sekiranya dapat bersatu ketika menghadapi pilihan raya umum.
Penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata, kerjasama yang dimaksudkan bukan ke arah penggabungan tetapi memadai sekiranya dapat bersatu ketika menghadapi pilihan raya umum.
“Kesepakatan antara UMNO dan Pas yang dimaksudkan adalah perlu adanya pembahagian kerusi antara kedua-dua parti bagi memastikan tiada perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu.
“Jika bentuk kerjasama minimum ini berlaku, maka persepsi positif dalam kalangan orang Melayu akan terbentuk dan diterjemahkan melalui pilihan raya umum akan datang dengan memberi sokongan sepenuhnya terhadap kepemimpinan parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, keterbukaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menghulurkan tali silaturahim kepada Pas adalah demi perpaduan.
Beliau menambah, tindakan Perdana Menteri tidak lain adalah untuk kebaikan parti dan kini terpulang kepada pihak Pas menjadikannya satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Dr. Azmi yang juga Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pakatan pembangkang semakin lemah tanpa Pas manakala parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat tidak berupaya untuk menggantikannya.
“Begitu juga Pas, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mengubah senario politik semasa jika bergerak secara solo tanpa bekerjasama dengan parti lain. Justeru, kerjasama ini sangat penting bagi menentukan kedudukan Pas itu sendiri,” katanya.
Katanya, memang terdapat kesan terhadap politik negara terutamanya kepada pakatan pembangkang dan DAP jika UMNO dan Pas bersatu.
“Penyatuan ini akan beri kesan kepada pakatan pembangkang dan DAP kerana pengundi Melayu pasti akan memberi sokongan kepada Pas atau UMNO. Jika diteliti, kemenangan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah bersandarkan undi kepada calon Pas,” ujarnya.( utusan online-politik).Posted by abnmulya//hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 1527 hrs on Disember 15,2015
No comments:
Post a Comment