"Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kontroversi derma RM2.6 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Disember, 2015."
Dr.Mahathir Mohamad |
Dalam satu temu bual eksklusif dengan The Star, Najib berkata Dr Mahathir berkelahi dengan semua perdana menteri negara yang pernah berkhidmat, kecuali bapanya Tun Abdul Razak.
"Tetapi seorang perdana menteri perlu melakukan apa yang difikirkannya perkara betul. Saya tahu saya akan menanggung kemarahannya dan jangkaan saya betul," kata Najib kepada akhbar itu. Dr Mahathir lantang mengkritik Najib berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kontroversi derma RM2.6 bilion.
Beliau juga menuduh Najib membeli sokongan pemimpin parti.
"Ia berlaku atas dasar parti atau institusi. Ia adalah peribadi, itulah sebabnya mereka menegaskan ia perlu bersifat peribadi kepada saya.
"Itu kehendak penderma, saya tidak mahu menyinggung perasaan mereka. Ia masuk ke dalam akaun peribadi saya, tetapi tidak dalam erti kata saya menggunakannya untuk perbelanjaan seharian."
Najib juga menafikan ketua bahagian Umno dibeli, menambah itu adalah sebab mengapa polis memanggil Dr Mahathir, dan bukan kerana beliau menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu.
Dr Mahathir sebelum ini menyelar polis kerana bersikap tidak adil kerana menyoal siasat beliau sedangkan ribuan lagi hadir pada perhimpunan yang dianggap haram itu.
Najib berkata, Dr Mahathir gagal menjawab siasatan polis dan tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya. Pada malam menjelang perhimpunan agung Umno, Dr Mahathir mengulangi seruannya mendesak Najib meletak jawatan susulan isu RM2.6 bilion dan 1MDB.
Beliau juga menggesa rakyat menolak Najib atau berisiko menjadi "pengemis di negara kita sendiri".
Najib menjawab serangan itu dengan memberi penjelasan mengenai RM2.6 bilion itu dalam sesi tertutup dengan 191 ketua bahagian Umno pada hari pertama perhimpunan, Selasa lalu.
Beliau juga menjelaskan mengenai isu 1MDB, asetnya dan pencapaian kewangan. Mengenai sama ada beliau akan bertemu Dr Mahathir untuk membaiki hubungan mereka,
Najib berkata beliau belum "memikirkannya" lagi, menambah ia perlu usaha kedua-dua pihak bagi menjayakannya. – 10 Disember, 2015.( Dipetik dari The Malaysian Insider,Bewrita dan photonya).Posted by aabn mulya //haji abu bakar n inggal.blogspot.com.at 1431 hrs on December 10,2015.
No comments:
Post a Comment