Barisan depan( tengah): Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar |
Katanya, selaku presiden parti dan perdana menteri, menjadi tanggungjawab Najib untuk membawa Malaysia menuju negara maju, sekali gus mencapai kejayaan sedia ada.
“Dia (Najib) pemimpin Umno dan juga presiden Umno,” menteri belia dan sukan itu kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.
“Jadi, apa sahaja kejayaan yang Umno atau kerajaan nikmati semasa beliau menjadi presiden dan perdana menteri serta pemimpin kanan Umno, dia berhak dan bertanggungjawab untuk itu (kredit).”
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata meskipun beliau bersetuju dengan ucapan dasar Najib hari ini, anggota parlimen Pekan itu tidak patut mengambil nama daripada kejayaan parti.
Kata Dr Mahathir, Umno memang sudah terbukti berjaya memajukan Malaysia, namun ia bukan kerana presiden Umno sekarang.
Mengulas lanjut, Khairu berkata Najib tidak pernah membangga diri bahawa semua kejayaan yang diperoleh hari ini hasil usaha beliau sahaja.
“Beliau berkata ia adalah usaha bersama.
“Tidak pernah sekali dia (Najib) berkata ini adalah hasil kejayaan beliau tetapi ia usaha kolektif daripada kepimpinan, parti dan kerajaan sejak enam tahun lalu.
“Beliau berhak mendapatkan kredit,” kata anggota parlimen Rembau itu lagi.( Dietink dari Malaysiakin/berita dan photonya..Posted by abnmulya //haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 1821 hrs on Decemb er 10,2015.
<
No comments:
Post a Comment