Dalam reaksinya terhadap cadangan agar jawatan presiden dihadkan kepada dua penggal, Khairy berkata, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam tempoh berkenaan.
“Dua penggal ialah tiga tahun kali dua, apa yang boleh dibuat dalam enam tahun. Bagi saya cadangan itu terlalu pendek,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Tengah hari Perwakilan Bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di sini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula hari ini.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada satu majlis di Kampung Baru di sini semalam mencadangkan UMNO mengehadkan tempoh presiden parti itu kepada dua penggal.
Menyatakan cadangan tersebut boleh dibincangkan, Khairy bagaimanapun menegaskan, bahawa tempoh memegang jawatan utama itu perlulah munasabah bagi membolehkan Presiden UMNO melaksanakan pelbagai perancangan demi kebaikan anggota UMNO dan rakyat.
Sementara itu, Khairy berkata, pergerakan itu akan membawa usul mengenai isu yang hangat diperkatakan generasi muda pada masa ini pada perhimpunan tersebut terutamanya berkaitan ekonomi dan kos sara hidup. - BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1951 hrs on Disember  08,2015.