Tengku Adnan Tengku Mansor,Setiausaha Agong Umno. |
" Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah "melampaui batas" dalam ucapan khas yang dibuatnya di hadapan penyokongnya di Kuala Lumpur malam tadi, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini
Katanya, terdapat kes yang kukuh untuk dibawa kepada jawatankuasa tatatertib berikutan gesaan Muhyiddin supaya presiden Datuk Seri Najib Razak "berehat" sementara sambil menunggu siasatan terhadap skandal kewangan yang didakwa melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion selesai.
Muhyiddin Yassin. |
Beliau berkata, jika sabit kesalahan, Muhyiddin berisiko kehilangan jawatannya sebagai timbalan presiden parti.
"Kita mempunyai struktur yang jelas dalam parti. Saya sudah melihat ucapan itu, sehingga jam 3 pagi semalam. Dan mengikut perlembagaan kita, ia sesungguhnya melampaui batas," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Semalam, Ku Nan berkata, Muhyiddin bebas berucap kepada penyokongnya asalkan beliau "tidak melampaui batas".
Ku Nan juga berkata pendirian beliau terhadap Muhyiddin tidak "keras" kerana Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini bersetuju kritikan itu tidak perlu disiarkan di khalayak ramai.
"Jika jawatankuasa itu memutuskan, dia juga boleh kehilangan kedudukannya," katanya.
Menjelang perhimpunan agung Umno, Muhyiddin dihalang daripada berucap kepada perwakilan semasa perhimpunan tahunan parti itu, mendorong beliau untuk menyampaikan ucapannya semalam.
Muhyiddin dipecat daripada Kabinet pada Julai lalu berikutan kritikan terbuka terhadap Najib menguruskan krisis 1MDB. Beliau kekal sebagai timbalan presiden, walaupun tidak dibenarkan untuk menjalankan tugas tradisi jawatan nombor 2 parti itu. – 8 Disember, 2015.@ 4.12 pm.
( Dipetik dari The Malaysian Insider..Oleh Ram Anand (Posted by abnmulya //haji abu bakar Ninggal.blogspot.com at 1923 hrs on Disember 08,2015.
No comments:
Post a Comment