BAGI Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron, kekuatan UMNO hari ini cukup dihormati. Apa yang diperoleh tidak datang secara tiba-tiba.
“Sudah pasti kalau dilihat kemerdekaan dicapai sudah hampir 60 tahun hari ini (58 tahun), lagi setahun setengah kita akan cecah tempoh itu.
“Sudah pasti kita akan menoleh ke belakang dan lihat waktu itu betapa hina dan daifnya kita, tetapi lihatlah hari ini, tampak kekuatan kita,” kata beliau kepada wartawan ZULKIFLI JALIL di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
MINGGUAN: Baru-baru ini Datuk Seri ingatkan tentang Melayu seluruh dunia boleh dapat impak jika Melayu di Malaysia bersatu?
IDRIS: Semasa saya merasmikan perhimpunan Melayu antarabangsa yang saya kira terbesar di dunia iaitu perhimpunan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Jakarta baru-baru ini, saya sebut beberapa kali bahawa jangan fikir Melayu dunia boleh bersatu jika Melayu Malaysia tidak bersatu.
Dalam konteks makro, saya mengatakan Melayu di Malaysia menjadi contoh kepada Melayu di dunia. Sudah pasti Melayu Malaysia penyumbang secara signifikan tentang bagaimana tata cara kehidupan Melayu itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Sebab apa Datuk Seri membawa perkara ini?
Kita dapat lihat bibit-bibit perpecahan cukup ketara di Malaysia. Kebanyakan niat untuk kesatuan dan perpaduan Melayu itu disalahertikan dalam konteks untuk mencemarkan kekuatan kerajaan yang memimpin hari ini.
Kita tahu kerajaan yang memimpin hari ini adalah kerajaan yang ditunjangi Melayu. Cuma ada perlakuan untuk memecahbelahkan kejituan dan kesepaduan Melayu dalam parti UMNO itu sendiri.
Yang terbaik adalah jangan kita terlalu dikongkong masalah dalaman parti, sebaliknya perlu paksakan diri menerjah langkah lebih jauh keluar dari sempadan dengan melihat apa peluang yang ada untuk menjamin seluruh Melayu itu untuk bersatu.
Apa yang disebutkan Datuk Seri ada kaitan dengan inti pati yang diinginkan Presiden?
Presiden telah menyebut kalau bukan UMNO, jangan harap ada parti lain akan membela Melayu dan Islam di negara ini.
Kalau bukan UMNO, jangan harap DAP mahu bela Islam dan Melayu di bumi bertuah ini. Kita tiada pilihan. UMNO menentukan kesinambungan Melayu supaya Melayu terus dihormati dan disegani rakan dan lawan pada masa depan.
Kalau bukan UMNO, jangan harap DAP mahu bela Islam dan Melayu di bumi bertuah ini. Kita tiada pilihan. UMNO menentukan kesinambungan Melayu supaya Melayu terus dihormati dan disegani rakan dan lawan pada masa depan.
Apa Datuk Seri ingin luahkan terhadap pengacau Melayu ini?
Jangan cuba mengkhianati perjuangan ini dengan menebuk bahtera. Yang berada dalam struktur organisasi mesti patuh kepada prinsip kesetiaan yang sejati iaitu ketika ini siapa yang memimpin dan pemimpin.
Ayuh kita harung bersama. Kalau tak betul, betulkan daripada dalam. Bukan dengan cara menebuk perahu itu yang akan tenggelamkan semua orang yang ada di dalam.
Ayuh kita harung bersama. Kalau tak betul, betulkan daripada dalam. Bukan dengan cara menebuk perahu itu yang akan tenggelamkan semua orang yang ada di dalam.
Bersatunya Melayu bermakna kestabilan untuk kaum lain?
Ya, kalau tidak masakan rakan-rakan lain dapat menumpang teduh di bawah kebijaksanaan dan payung UMNO serta tadbir urus negera yang penuh dengan kompleksiti penuh keunikan.
Kalau tidak masakan kita boleh merdeka dalam keadaan aman makmur yang rakyat sentiasa hidup mencari persamaan. Sudah pasti UMNO sebagai tunjangnya, pasti rekod ini tidak boleh dikongsi pihak lain.
UMNO sahaja yang memiliki sejarah kepimpinan diakui bukan sahaja masyarakat negara ini di Nusantara ini, bahkan di seluruh dunia.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1511 hrs on Decenber 13, 2015.
No comments:
Post a Comment