Noorazali Said

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said berkata, 'dua kem’ yang tercetus tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada parti, apatah lagi apabila institusi presiden diperkecilkan sekali gus mampu menggugat kepercayaan rakyat seluruhnya.

“Kita lihat pembangkang dalam mood diam dan mahu lihat bagaimana plot dan babak drama ini (kemelut tidak sehaluan timbalan presiden UMNO) seterus­nya.
“Dan pembangkang, walaupun pembuktian sejelas-jelasnya menunjukkan 100 peratus pemimpinnya bersalah (disabitkan mahkamah), mereka tetap enggan mengaku kesalahan ketua mereka.

“Sebab itu ahli parti diingatkan, jangan lepas habis susu kita perah (jasa UMNO yang hampir 70 tahun), kita sia-siakannya pula, kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar,” katanya kepada Mingguan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.(Utusan online).Posted by abnmulya//haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1457 hrs on Decmberi 13,2015.