KUALA LUMPUR 12 Dis. –Pergerakan Pemuda UMNO percaya 'ada sinar di hujung terowong' dalam menyelesaikan kemelut kepemimpinan dalaman yang melanda parti itu selepas ucapan penggulungan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Perhimpunan Agung UMNO kali ini.
Menurut Ketuanya, Khairy Jamaluddin, pergerakan itu juga berharap selepas ini semua ahli dan pemimpin dapat melupakan segala permasalahan yang berlaku dan kembali bergerak bersama-sama bagi memperkukuhkan parti.
“Saya melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berdiri dan mungkin ada 'sinar di hujung terowong' yang mula dilihat daripada ucapan penggulungan itu.
“UMNO muncul daripada perhimpunan agung untuk lebih bersatu dan kami semua sebagai perwakilan dan pimpinan UMNO sangat mahu supaya kita dapat meletakkan semua peristiwa keretakan ini ke belakang dan pandang ke hadapan,” katanya ketika mengulas ucapan penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menurut Khairy, Najib dalam ucapannya itu juga menegaskan jika ada sesiapa yang masih tidak menghormati keputusan berjemaah dalam perhimpunan agung di mana semua telah membuat keputusan dan pendirian secara musyawarah, maka tidak ada tempat bagi mereka.
Katanya, ucapan penggulungan Presiden itu merupakan satu rumusan yang sangat tepat dengan 'mood' perwakilan dan dengan kehendak perwakilan.( utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.a 1448 hrs on December 13,201.
No comments:
Post a Comment