KUALA LUMPUR 12 Dis. – Jiwa besar serta semangat perjuangan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemimpin dan perwakilan menyaksikan Perhimpunan Agung UMNO berjalan dengan lancar dan jayanya, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurut beliau, seluruh warga UMNO memiliki kesedaran yang tinggi untuk terus mempertahankan perjuangan parti bagi memartabatkan orang Melayu.
“Saya lega kerana sebelum ini macam-macam andaian dituding terhadap UMNO tetapi akhirnya, kebijaksanaan, ketabahan dan kesabaran oleh bukan sahaja pemimpin tetapi mereka yang dipimpin, telah mewujudkan kesedaran yang amat besar maknanya kepada perjuangan bangsa,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO hari ini.
Hishammuddin berkata demikian bagi mengulas pandangan pelbagai pihak mengenai perhimpunan kali ini diselubungi dengan isu perselisihan dan konflik dalaman parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungannya menyatakan beliau memilih untuk berjiwa besar dan menghulurkan silaturahim kepada semua pihak agar dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan parti keramat orang Melayu itu.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.bnlogspot.com.at 1409 hrs on December 13,2015.
No comments:
Post a Comment