Menurutnya, kerjasama itu tidak perlu menunggu hingga ada yang lemah kerana masing-masing mempunyai peristiwa lama yang pahit.
“Tetapi dalam banyak hal lain, kita selalu bersama. Ini termasuklah dalam isu menentang kezaliman rejim Zionis Israel terhadap kedaulatan Palestin sejak zaman bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dahulu, mereka berdua sepakat dalam isu tersebut.
“Malah, sehingga ke hari ini, tanpa mengira Pas dan UMNO, kita sama-sama berjuang menentang rejim tersebut. Jadi kita masih boleh untuk bekerjasama, tidak ada masalah, yang penting ialah keikhlasan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi ahli panel Forum Perpaduan Ummah dan Kepentingan Dari Perspektif Ulama di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAG) di sini, hari ini.
Mahfodz berkata, yang penting dasar perjuangan Pas dalam apa juga bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak tidak akan berubah, iaitu tetap memperjuangkan Islam yang bersumberkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias.
“Ini termasuk dalam soal hukum hudud yang turut menjadi dasar perjuangan dan akibat hukum ini, tidak dapat diterima oleh parti DAP, maka maa’ salamah lah (selamat tinggal).
“Maka, hudud juga syarat yang sama untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang lain termasuk UMNO,” katanya.
Menurutnya, persepakatan dalam berpolitik dengan mana-mana pihak atas nama tahaluf siyasi juga boleh dilakukan dalam konteks sesama Islam.
“Kita ambil semangat ini dari Asia Barat, tidak semestinya dengan bukan Islam, malah dengan yang Islam lebih digalakkan lagi. Tinggal lagi hanya objektif perjuangan sahaja berbeza tetapi masih boleh lagi untuk bekerjasama,” katanya.
Tambahnya, keharmonian dalam masyarakat adalah nikmat yang pa­ling besar diberikan oleh Allah.
“Sesiapa yang tinggal dalam keadaan bersatu padu dapat me­ngusahakan kemajuan dan pembangunan.
“Maka, perpaduan dan kerjasama dalam Islam boleh terbina sekiranya ada jalinan ukhuwah mengikut akidah Islamiah,” katanya.(Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 6.15 one Disember 18,2015.