Friday, December 11, 2015

Pemilihan,pertukaran Presiden Parti Umno harus ikut proses demokrasi--wakil Perak

11 Disember 2015@12:27 PM
DATUK HAMZAH MOHD. KASSIM
Datuk Hamzah Mohd Kassim
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pemilihan dan pertukaran Presiden UMNO harus dibuat mengikut proses demokrasi dan bukannya mengikut kehendak atau telunjuk seseorang individu, kata Wakil UMNO Perak.
Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Senator Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi mandat menerajui parti secara demokratik dalam Pemilihan Agung UMNO 2013, melibatkan kira-kira 146,000 anggota di peringkat bahagian berbanding hanya lebih 2,000 perwakilan sebelum ini.
Hak untuk menukar Presiden UMNO harus diberikan kepada majoriti anggota UMNO dan bukan mengikut telunjuk seorang mantan, katanya semasa membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC di sini.
Walaupun tidak menyebut nama, mantan yang beliau maksudkan itu difahami oleh kebanyakan anggota parti sebagai merujuk kepada bekas Presiden UMNO, Tun Dr, Mahathir Mohamad yang sejak kebekalangan ini mengkritik Najib dan meminta beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
“Beliau (Najib) sebagai presiden begitu terbuka untuk memberikan kepuasan kepada ahli parti untuk memilih pemimpin, jadi jangan disebut lagi di luar sana yang mengatakan presiden mengongkong ahli parti,” katanya.
Semasa berucap, Hamzah menerima bantahan daripada sebilangan perwakilan dalam Dewan Merdeka apabila beliau membangkitkan mengenai tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di satu majlis UMNO di Kelab Sultan Sulaiman pada Isnin lepas.
Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin terpaksa campur tangan menenangkan keadaan bila Ketua UMNO Bahagiabagai  Gopeng itu tetap meneruskan ucpannya mengenai perkara itu .mengadakan persidangan dalam persidangan dalam UMNO oleh beberapa pemimpin parti.

Muhyiddin menghadiri satu acara yang dinamakan " Majlis Bersama Timbalan Presiden Umno", di Kelab Sultan Sulaiman,di Kampong Baru, di sini pada malam 7 Disember lalu di ambang Perhimpunan Agong Umno 2015.

Perbuatan itu telah dianggap sebagai mengadakan persidangan dalam persidengan Umno oleh beberapa orang pemimpin parti.
Yang turut hadir di Kelab Sultan Sulaiman pada malam itu ialah Dr. Mahathir dan Naib Presiden UMNO. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - BERNAMA ( Utusna online-politik).Posted by abnmulya //haji abu b aklar Ninggal.blopgspot.com.at 2340 hrs on December 11,2015.

No comments: