Najib Tun Razak diiringi Khairy JamaluddinNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memeriksa perbarisan tiga sayap sempena Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau memilih untuk menjadi seorang pemimpin yang berjiwa besar akan dapat membuka ruang untuk mengatasi segala permasalahan yang melanda dalam parti ketika ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu, tidak perlu untuk mana-mana pihak menjadi orang tengah bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda pucuk pimpinan tertinggi parti itu.
Menurut beliau, tindakan Presiden parti yang berjiwa besar itu seharusnya dialu-alukan oleh semua pihak termasuk sesiapa yang dimaksudkan dalam ucapannya untuk menyambut usaha berdamai dan kembali mengukuhkan parti.
“Suasana persidangan hari ini walaupun pada awalnya sedikit menimbulkan kegelisahan tetapi ucapan perasmian Presiden yang menyebut beliau memilih menjadi seorang berjiwa besar dan insya-Allah, kita harap ini akan membuka ruang kepada usaha merapatkan apa sahaja keretakan yang wujud dalam pimpinan parti.
“Bagi saya tidak perlu ada mana-mana orang tengah (menyelesaikan kemelut kepimpinan) kerana Presiden dan Timbalannya sudah lama berjuang dalam UMNO. Presiden bersedia untuk memandang ke hadapan walaupun ucapan itu terdapat teguran terhadap semua yang melampaui batas dan tataetika parti,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Najib pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Berikutan kemelut kepemimpinan itu, dalam Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO semalam, Khairy dicadangkan oleh salah seorang perwakilan untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku ketika ini.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, ucapan dasar Presiden hari ini jelas meminta semua ahli supaya tidak hilang fokus dan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
Selain itu, kata beliau, Pemuda UMNO turut mengakui ucapan Presiden itu mengingatkan para ahli supaya bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya dan bagaimana semua ahli perlu menekankan soal perpaduan dan sokongan kepada pimpinan parti.
Ditanya sama ada perlu diambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pemimpin yang mengeruhkan perpaduan dalaman parti,
Khairy berkata, berdasarkan kepada semangat ucapan perasmian hari ini, hanya tindakan penyelesaian dalaman sahaja yang perlu diambil namun jika tidak dapat dikawal, keputusan yang lebih sukar harus diambil.
Khairy berkata, berdasarkan kepada semangat ucapan perasmian hari ini, hanya tindakan penyelesaian dalaman sahaja yang perlu diambil namun jika tidak dapat dikawal, keputusan yang lebih sukar harus diambil.
“Pemuda UMNO melihat perwakilan memberi sokongan penuh kepada Presiden dan bersetuju supaya beliau tidak perlu berundur. Pada masa yang sama kita berharap mereka yang membuat asakan dari dalam parti supaya menghentikannya dan dapat kembali bekerjasama dalam UMNO,” katanya.( utusan online-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.39 am on Deember 11,2015.
No comments:
Post a Comment