19 Disember 2015 1:26 AM
CUBA renungkan statistik di sebelah kanan. Siapa yang dapat laba politik daripada perpecahan orang Melayu?
Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), DAP meraih 10 lagi kerusi Parlimen iaitu dua daripada Pas, satu daripada PKR dan tujuh daripada BN.
Adakah benar parti Melayu Pas dan PKR telah ‘membantu’ DAP? Berdasarkan peratusan, DAP menang 36 peratus. Untuk kerusi DUN pula, semua kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang waktu itu adalah satu kerusi daripada Bebas dan 32 kerusi daripada BN. Bagi kedudukan DUN ini, DAP meraih kemenangan 30 peratus.
Beruntungkah DAP dari ‘kesepakatan’ itu?
Strategi ‘ini kalilah’ yang disematkan penyokong DAP terutamanya, telah mengakibatkan sebilangan orang Melayu ‘teruja’. Terpedayakah orang Melayu waktu itu?
Kalau diamati, pola atau bentuk kemenangan parti pembangkang bagi kawasan Parlimen dan DUN begitu konsisten.
Ini terjadi dalam semua peringkat kecuali terdapat beberapa calon Melayu BN yang menang, barangkali kerana kekuatan dirinya atau selaku menteri Kabinet.
Tanyalah menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bera, berapa majoriti beliau menang di sana?
Tanya juga dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mungkin hanya kerana beliau dari komponen BN, nyaris-nyaris tersadung di tangan DAP di Bentong dengan sekadar menang tipis 379 undi.
Juga, lihatlah nasib yang menimpa pemimpin Melayu yang banyak sekali jasanya di dua negeri yang maju, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang tersungkur di Parlimen Gelang Patah dan Bukit Katil.
Yang dikatakan trend kemenangan pembangkang konsisten ialah apabila sahaja kelibat pengundi Cina purata 20 peratus dan lebih di satu-satu kawasan di Parlimen atau DUN, kemenangan akan berpihaklah kepada parti pembangkang.
Kalau dicongak-congakkan, pembangkang hanya menghendaki 23 kerusi Parlimen sahaja lagi pada 2013 untuk berkuasa di Pusat menerusi majoriti mudah. Walhal, kalau dikira, lebih dari itu pun boleh dimenangi mereka berikutan terdapat 34 kerusi Parlimen yang dimenangi BN dengan majoriti 1,800 undi ke bawah.
Kalau diikutkan, bermula PRU-12 pada 2008 lagi sudah bermula ‘tsunami Cina’.
Kemudian, Perdana Menteri dan timbalan beliau bekerja keras untuk meraih kembali sokongan pengundi Cina kepada BN dalam PRU-13.
Namun gagal lagi walaupun pelbagai usaha mensejahterakan rakyat dibuat. Pihak di sana tetap mendendangkan lagu yang sama, diikuti terompet terakhir ‘ini kalilah’.
Tetapi syukurlah masih tidak diizinkan-Nya lagi.
Di Sabah dan Sarawak, walaupun dua negeri itu dianggap deposit tetap BN khususnya bumiputera, siapa tahu di masa depan, andai ada kelibat ‘dalang’ di sana?( utusan online).posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1312 hrs on Disember 19,2015.
No comments:
Post a Comment