Sunday, December 27, 2015

Tidak mustahil Azmin bentuk kerajaan negeri dengan PAS dan Umno,kata Utusan

Published: 27 December 2015 10:12 AM 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mustahil akan bertindak mengkhianati partinya sendiri dan membentuk kerajaan negeri bersama PAS, dakwa Mingguan Malaysia hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mustahil akan bertindak mengkhianati partinya sendiri dan membentuk kerajaan negeri bersama PAS dan Umno, dakwa Mingguan Malaysia hari in

 Pengarang kanan akhbar milik Umno itu, Zulkefli Hamzah berkata timbalan presiden PKR itu kini memegang kuasa besar, malah lebih daripada presiden parti sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, buktinya dalam konteks Selangor, meskipun hubungan Pakatan Rakyat sudah berakhir, namun Azmin masih mengekalkan hubungan kerjasama ketiga-tiga parti itu dalam tampuk pentadbiran kerajaan negeri.

"DAP, apatah lagi PKR dan Dr Wan Azizah, sebenarnya tidak berani untuk terus menekan Azmin. 

"Timbalan presiden PKR yang dikelompokkan dalam satu kem lain dalam parti milik Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memegang kuasa.

"Kuasa itu lebih besar daripada presiden PKR mahupun penasihatnya yang kini bermastautin di Sungai Buloh," kata pengarang itu merujuk Anwar yang kini di Penjara Sungai Buloh.

Zulkefli mendakwa, Azmin yang sememangnya licik bermain politik tidak mempunyai masalah menggugurkan DAP daripada kerajaan negeri. < Beliau juga boleh bertindak memusnahkan PKR dan memporak-perandakan Pakatan Harapan, katanya.

"Beliau ada pilihan untuk berpaling tadah dan membentuk kerajaan negeri bersama PAS dan Umno. Senjata itu ada pada Azmin.

 "Taraf hubungan gantung tak bertali salai tak berapi ini memang menguntungkan Azmin," kata Zulkefli dipetik menulis di akhbar Utusan Malaysia edisi mingguan itu.

Pengarang itu menjangkakan, pakatan pembangkang tidak mungkin akan memperoleh semuanya, sama ada bertanding di Sarawak atau kekal di Pulau Pinang dan Selangor.

"Dalam kedudukannya sekarang, ada yang perlu dilepaskan. "Sama ada melepaskan peluang di Sarawak, tetapi kekal di Pulau Pinang dan Selangor, atau terus mengekalkan entiti Pakatan Harapan dan PAS, tetapi melepaskan impian ke Putrajaya," katanya. – 27 Disember, 2015.( Dipetik dari portal The Malaysian Insider).Posted by abnmulya //haji abu bakar niggal.blogspot.com.at 12.44am on Disember 28,2015.

No comments: