Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo berkata, panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada panel berkenaan.
“Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Hamid berkata, panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai “cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC” seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa “terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”.
Panel juga tidak membuat rumusan bahawa “penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib”, katanya.
Bagaimanapun, katanya, panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.
Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan “SPRM diminta oleh panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini”.
“Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM.
“Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.” 
– BERNAMA( Utusan online).Posted by abnmulya // haji ab u b akar ninggal.blogspot.com.at 7.00 am on Februry 26,2016.