Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, malah Tabung Haji juga turut memberikan Tambahan Bonus Haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji meliputi 8.23 juta akaun pendeposit, menjadikan mereka mendapat bonus keseluruhan lapan peratus.
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Tabung Haji akan mengagihkan RM3.23 bilion sebagai hibah atau bonus kepada pendeposit dan baki RM300 juta daripada keuntungan tahun ini disimpan sebagai rizab,” katanya ketika Majlis Pengumuman Bonus Pendeposit Tabung Haji 2015 di Dewan Besar, Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini hari ini.(Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1429 hrs on February 04,2016.