.
Haji Abu Bakar Ninggal
Juma'at,Mei 27,2016 @7.44 pm.
SESUN GGUHNYA ,kelahiran manusia ke dunia ini memulakan tugas dan tanggung jawab insan sebagai umat. Kehidupan itu wujud kerana Allah.TanpaNya tidak ada makna dunia ini diwujudkan./
Kehidupan yang seperti kita nikmati ini adalah kehendak Allah.Oleh yang demikian setiap insan itu diwajibkan bertaqwa kepada Allah. Hubungan manusia dengan Allah merupakan pelengkap untuk kehidupan yang akan datang.
Kehidupan di dunia tidak kekal dan suatu hari nanti asas biologinya akan hancur. Namun hal itu bergantung kepada bagaimana seseorang manusia itu menggunakan kehidupan ini dan kemudian menerima ganjaran hidup yang abadi atau hukuman
Keadaan hidup yang akan di alami ini alam akhirat. Kewajaran melakukan kehidupan yang baik menjauhi yag bueuk, jahat dan kotor akan diberi ganjaran yang besar.
Ada kehidupan yang terkutuk bagi mereka yang tidak menghikuti undang-undang dan mengambil mudah hidup ini,dengan menuruti kehendak naluri,biologi mereka,seperti makan minum, melakukan seks tanpa mengira hukuman dan undang-undang.
Al-Quran telah menyatakan hal ini : "Mereka yang menghadapkan mukanya kepada Allah dan melakukan perkara yang baik dengan ikhlas, maka Kamilah yang akan memberikan ganjaraan-nya mereka tidak merasa sedih atau sesal".
Seluruh tindakan manusia di alam ini akan diadili oleh Allah swt di akhirat nanti.Tanggung jawab yang wajib manusia lakukan merupakan {"huququllah" ( iaitu hak Allah,atau tanggung-jawab manusia kepada Allah).
Sembahyang ( solat) lima waktu sehari semalam ,berpuasa di dalam bulan ramadhan,zakat dan menunaikan fardhu haji jika mampu..
Perang sabil atau sebarang perjuangan yang dihadapi oleh manusia untuk menghadpai apa jua bentuk kesukaran ( seperti dalam peperangan dan keamanan) untuk mendapatkan kebebasan dan keselamatna kepada manusia..
Islam telah menetapkan bahawa manusia itu ialah hamba Allah. Bagi Allah, Tuhan yang Esa,tiada sesiapa yang setara denganNya,tiada sekutNya dan manusia merupakan hambaNya.mestilah mematuhi segala amaran yang telah ditetapkan olehNya.
Kesepaduan penggunaan ketiga-tiga fakulti ini akan menjauhkan tindakan yang bertentangan dengan ketamaduanan manusia yang digaris-bawahakan oleh Islam.
Fitrah Allah ini membina benteng kekufuran kepada nikmat-nikamt Allah. Kelalaian kita untuk mensepadukan tindakan? Akan merosakkan ketamadun manusia itu sendiri.( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1944 hrs on Mei 27,2016).
..
No comments:
Post a Comment