SEBAHAGIAN penyokong Malaysia meraikan kemenangan pasukan negara menumpaskan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan C Kejohanan Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan, China hari ini. -- BERNAMA
KUNSHAN, China 17 Mei – Malaysia menamatkan persaingan di peringkat awal Piala Thomas selaku juara Kumpulan C selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, di sini sebentar tadi.
Datuk Lee Chong Wei yang menjadi sandaran utama negara tidak berdepan masalah menyumbang mata pertama dengan menewaskan Son Wan Ho 21-18, 21-15.
Hasrat untuk menyaksikan pasangan Goh V Shem-Koo Kien Keat meraih mata kedua tidak kesampaian apabila mereka tumpas 16-21, 11-21 kepada pasangan No. 1 dunia Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.
Juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin menyumbang mata kedua negara selepas menundukkan Lee Dong Keun 21-15, 21-17.
Satu lagi pasangan beregu negara, Tan Wee Kiong-Tan Boon Heong juga gagal menyumbang mata untuk memastikan Malaysia mencatat kemenangan ketiga dalam saingan peringkat kumpulan selepas tewas 14-21, 24-22 kepada Kim Gi Jung-Kim Sa Rang.
Perseorangan ketiga negara Chong Wei Feng memastikan kejayaan negara selepas menang 21-16, 21-16 ke atas Jeon Hyeok Jin. – UTUSAN ONLINE( POSTED BY ABNMULYA //HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOPT.COM AT 1925 HRS ON mEI 17,2016.
No comments:
Post a Comment