Tuesday, May 31, 2016

(PRK) Parlimen Kuala Kangsar: Datin Mastura Lebih Pentingkan Hukum Islam Dari pplitik


Ekoran dari calon pilihan BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di P067 Parlimen Kuala Kangsar yang berstatus seorang balu yang masih dalam edah, maka kita mula terdengar suara-suara sumbang yang lebih mirip sebagai ‘oppotunis’ yang tidak puas hati.

Ada yang kata ‘pelik’, malah ada yang memaki hamun Datin Mastura Yazid sebagai tidak layak dan ‘gedik gilakan jawatan’. Menariknya, ia tidak datang dari puak pembangkang. Kata-kata negatif itu timbul dari beberapa pihak yang mengaku ‘pejuang sejati UMNO’…
Seperti yang kita maklum, Mastura awal-awal lagi mengumumkan diri tidak akan keluar berkempen seperti calon lain. Beliau sedar, dirinya kini dalam tempoh edah yang telah ditetapkan ajaran Islam.
Itu maksudnya, Mastura merupakan seorang muslimah yang baik kerana lebih patuh pada hukum ha
kam yang ditetapkan Islam berbanding taksub kepada kepentingan politik.

Mungkin beliau sedar bahawa kemenangan atau kekalahan itu ditentukan Allah. Beliau tahu bahawa redha Allah itu lebih penting berbanding melanggar ketetapan hukum hakam Islam hanya semata-mata bermotifkan politik.
Pada pandangan penulis, sifat berkualiti seperti ini agak jarang kita lihat di kalangan ahli politik di zaman ini. Ramai juga kita melihat ahli politik wanita yang mengamalkan ‘matlamat menghalalkan cara’, sehingga melupakan kekangan yang ditetapkan Islam bagi mereka.
Namun begitu, mengapa pihak-pihak itu mengutuk Mastura dengan tuduhan yang sebegitu rupa? ‘Gedik gilakan jawatan’ yang ditinggalkan arwah suaminya, Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad? Benarkah dakwaan tersebut?
Pada pandangan penulis, tuduhan seperti itu selalunya dikeluarkan oleh mereka yang sakit hati tidak terpilih untuk menjadi calon BN. Maka tidak hairanlah jika tiba-tiba saja ada yang mengumumkan diri mahu turut bertanding di P067 Parlimen Kuala Kangsar.
Kadang kala, mereka tidak katakan ‘saya mahu BN pilih saya jadi calon’. Kenyataan seperti itu tidak akan terbit dari mulut mereka. Tapi tindakan mereka selepas nama calon BN diumumkan akan menceritakan niat, motif dan siapa mereka yang sebenarnya, bukan?
Tidak mengapalah. Kita serahkan saja pada Allah. Kita hanya mampu berusaha, berkempen dan membantu mengekalkan kerusi BN di Kuala Kangsar. Jika Allah redha dengan Mastura, insha Allah, akan Allah lorongkan jalan pada para pengundi berdaftar di Kuala Kangsar untuk terus memilih BN sebagai wadah perjuangan mereka (Dipetik dari Mykmu.Net0 .Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.56 am on  01,June,2016.…

No comments: