Saturday, April 29, 2017

ISU FOREX : ANWAR MAIN SANDIWARA

 Abdul Razak Idris :29 April 2017 3:00 AM

SHAH ALAM 28 April – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan kesalahan ke atas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung isu skandal kerugian Bank Negara melalui aktiviti spekulasi mata wang yang berlaku sekitar 1990-an seolah-olah satu sandiwara politik bagi melindungi pihak pembangkang.

Irmohizam Ibrahim
Irmohizam Ibrahim Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, kenyataan Anwar itu dianggap pelik kerana Penasihat PKR yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini mengaitkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin
sebagai individu bertanggungjawab di sebalik skandal tersebut.

“Namun, hakikatnya Anwar dikatakan telah mengu­bah kenyataannya ketika memberikan keterangan da­lam siasatan kerugian Bank Negara itu. Kenyataan terbaharu Anwar itu bagaikan petanda bahawa beliau boleh berubah-ubah mengikut ke­sesuaian politiknya selain berkemungkinan telah me­nerima Dr. Mahathir (sebagai sekutu politik).

“Sudah menjadi kebiasa­an apabila kita mendengar kenya­taan yang diubah-ubah. Rakyat mungkin tidak percaya jika kenyataan yang dikeluar­kan adalah tidak konsisten dan mencurigakan.
Photo Anwar Ibrahim pada perengkat awal ditendnag
oleh Mahathir dari jawatan TPM,dari Menteri
Kewangan dan sekaligus dari Tim.Presiden dan
 keahlian Umno. Dah lupa kah Beb? Kerana you
 banyak penyokong2 you dilokap,dipenajarakan 
dan disembur dengan pancutan air gas oleh 
polis rusuhan di ibu kota Kuala Lumpur.Sanggup
 you bersandiwara lagi? (pengarang abnmulya).
 .

“Saya mengandaikan inilah sandiwara politik yang cuba dimainkan untuk menjuarai hati rakyat agar dapat menutup kebatilan silam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada tahun 1993, Anwar menafikan kerugian Bank Negara akibat perdagangan mata wang itu ketika memberikan maklum balas terhadap persoalan yang dibangkitkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Parlimen.

Namun, setahun selepas itu, Anwar memberitahu Parlimen bahawa apa yang berlaku membabitkan Bank Negara itu melibatkan kerugian kecil sahaja dan hanya ‘atas kertas’.

Walau bagaimanapun, menerusi satu forum di Pulau Pinang pada tahun 2012, Anwar menukar ceritanya pula dengan memberitahu bahawa kerugian itu berjumlah AS$10 bilion (RM43.4 bilion) dan turut menamakan tiga individu terlibat termasuk Dr. Mahathir dan Daim.
(Utusan online).).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1459 hrs on April 29,2017.

No comments: