Saturday, April 29, 2017

Jangan Terpengaruh Hasutan "Kelawae Politik"

30 April 2017 12:20 AM 

Ahmad Zahid Hamidi
KOTA KINABALU 29 April – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak tindakan beberapa pemimpin pembangkang di negeri ini yang mendakwa kononnya kerajaan Pusat telah merampas hasil minyak Sabah dan hanya memberikan lima peratus ro­yalti kepada kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, individu-individu tersebut umpama ‘kelawar politik’ yang hanya muncul ketika musim pilihan raya untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

Beliau berkata, pemimpin Pusat tidak pernah mengabaikan Sabah, malah kerjasama erat dengan kerajaan negeri terbukti apabila ba­nyak peruntukan diumumkan untuk negeri ini demi pembangunan dan kemakmuran rakyatnya.

 “Apabila musim buah-buahan tiba, kelawar-kelawar politik ini mula muncul kerana terhidu bau buah, mereka akan mengambil kesempatan dan selepas musim buah, semuanya hilang.

Ahmad Zahid berkata, kela­war-kelawar politik itu turut membawa slogan Sabah untuk Sabahan yang bermatlamat supaya rakyat negeri ini terhasut dengan kepercayaan bahawa hak-hak mereka telah dirampas.

“Saya datang dari Semenanjung bukannya mahu ambil Sabah kerana Sabah memang untuk rakyat Sabah. Tolak orang-orang ini, berikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sebagai pengajaran kepada mereka,” tegas beliau.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 11.48am on April 30,2017.

No comments: