Saturday, April 29, 2017

PUNCA PAS TOLAK DAP,PPBM

MUKTAMAR PAS KE-63 

SEBAHAGIAN daripada perwakilan yang menghadiri Majlis Perasmian SEBAHAGIAN daripada perwakilan yang menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-63 di Kompleks Pas Kedah semalam. 

29 April 2017 11:45 PM 

ALOR SETAR 29 April – Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu menolak bekerjasama dengan DAP kerana konsep dan prinsip berasaskan kaum itu yang rasis dan terang-terangan menolak Islam, sekali gus bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, majoriti penduduk Malaysia juga adalah orang Islam sebab itu dalam sebuah negara pelbagai kaum mesti menghormati semua kaum.

“Apabila dia (DAP) fahaman 'cauvinisme’ yang teras tujuannya ialah untuk satu kaum tanpa menghormati kaum lain, ini sudah bercanggah dengan konsep perjuangan kita (Pas),’’ kata pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-63 di sini, hari ini.

Mengenai Parti Pribubumi Bersatu Malaysia (PPBM) Abdul Hadi berkata, Pas telah menetapkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan parti tersebut.

“Kita tidak boleh layan parti yang tak sama dengan kita, kita dah buat penilaian, PPBM tak ada ketentuan arah kerana pemimpin kita tak tahu, siapa imam, siapa makmum dan kita buat keputusan tak ada hubungan dengannya,” kata beliau.

Ditanya mengenai tindakan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, beliau berkata, perkara itu akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Syura. 

“Hubungan itu mestilah tidak melanggar rukun dan perjua­ngan Pas dalam memperjuangkan Islam. Jika bercanggah kita akan mengambil tindakan (putus).

Selain itu, parti yang bekerjasama dengan kita mestilah hormat menghormati dalam sesuatu perbezaan,” katanya. Abdul Hadi turut menjelaskan, sasaran parti itu untuk menang 40 kerusi Parlimen dan menawan lima negeri - Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah tidak 'ekstrem' jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang ditandingi PAS.

“Kita adalah parti yang berpijak di alam nyata. Kita ada 195 kawasan dari 222 kerusi Parlimen, jadi 40 kerusi itu tidak ekstrem dan munasabah, parti lain tak ada kawasan dan cawangan dan mereka sebelum ini bergantung dengan Pas,” katanya.( (UTUSAN ONLINE-POLITIK).pOSTED BY ABNMULYA // HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 1318 HRS ON A
PRIL 30,2017

No comments: