Tuesday, May 2, 2017

5 KERJASAMA MALAYSIA-- BAHRAIN

Oleh Sofian Baharom  dan Juani Munir Abu Bakar
Mei 03,2017 @ 3.00 am.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Raja Hamad Isa Al Khalifa semasa menerima kunjungan Raja Bahrain itu di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. Raja Hamad tiba untuk lawatan negara selama empat hari ke Malaysia pada Ahad atas undangan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.


PUTRAJAYA 2 Mei - Malaysia dan Bahrain ha­ri ini menandata­ngani satu perjanjian dan empat memorandum persefahaman (MoU) bersempena lawatan negara Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa ke Malaysia.

Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Hamad di Seri Perdana, di sini malam ini. Perjanjian tersebut me­rang­kumi sektor perkhidmatan udara manakala MoU pula melibatkan sektor pertahanan, industri kecil dan sederhana serta kerjasama industri, sektor huluan minyak dan gas serta perdagangan.

Perjanjian dan MoU tersebut adalah perjanjian perkhidmatan berkaitan udara antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Bahrain dan MoU berhubung kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara serta MoU kerjasama perindustrian kecil dan sederhana serta industri.

Turut dimeterai, MoU ber­kaitan sektor huluan kerjasama gas cecair asli (LNG) antara syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Pihak Berkuasa Minyak dan Gas Kebangsaan Bahrain (NOGA Holdings) dan MoU antara Dewan Perdagangan dan Industri Bahrain (BCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Terdahulu, Najib mengadakan mesyuarat tertutup bersama Raja Hamad sebelum kedua-dua pemimpin itu menyaksikan maj­lis menandatangani MoU antara wakil Malaysia dan Bahrain.

Raja Hamad kemudiannya diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan oleh Najib. Raja Hamad memulakan lawatan negara ke Malaysia bermula Ahad lalu sehingga esok atas undangan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. Lawatan itu adalah kali pertama bagi ketua negara Bahrain sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1974. ( Utusan online0.Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.om at 1410 hrs on Mei 03,2017.

No comments: