Tuesday, May 2, 2017

PAS Tidak Gentar Lawan 03 Penjuru.

Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan >Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah , Kota Sarang Semut, Alor Setar, semalam .

02 Mei 2017 3:00 AM 


ALOR SETAR 1 Mei - Pas tidak gentar sekiranya parti itu terpaksa berdepan pertembungan tiga penjuru termasuk daripada PKR bagi 40 kerusi Parlimen yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan pihaknya, situasi itu bakal memberi kelebihan kepada Pas.

“Keyakinan kita bukanlah sekadar berdasarkan kajian rambang panggilan telefon seperti yang dilakukan pihak tertentu sebaliknya melalui jentera Pas.

“Berdasarkan kajian kita, Pas ada kelebihan di kawasan yang kita tandingi. Ahli kita bertambah, malah kepercayaan dan sokongan rakyat lebih (memihak) kepada Pas,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.Y

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 Selain menyasarkan kemena­ngan 40 kerusi Parlimen, Pas turut berhasrat mengekalkan pemerintahan di Kelantan serta menguasai empat negeri lain iaitu Selangor, Kedah, Terengganu dan Pahang.

Dalam perkembangan berkai­­­­t­an, Abdul Hadi memberitahu, Pas tidak akan berbincang dengan parti lain hanya semata-mata untuk menentukan tiada pertandi­ngan tiga penjuru dalam PRU-14.

 “Kita tidak boleh berbincang kerana Pas bukan berniaga ‘atas angin’ apatah lagi bersama parti yang tiada kawasan dan cawangan,” ujarnya.

Abdul Hadi juga senada dengan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Mohd. Zawawi Salleh yang menasihatkan ahli-ahli parti supaya mentaati keputusan yang dibuat kepemimpinan berhubung tahaluf siyasi dengan PKR.

“Apa yang penting adalah kesetiaan ahli terhadap parti, apatah lagi dalam situasi kita hendak berhadapan dengan pilihan raya,” jelasnya.

 “Saya hanya mahu anak saya mengikuti perjuangan saya tetapi kedudukannya (dalam parti) ditentukan oleh ahli,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi turut mengumumkan pelantikan semula Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung Pas.

Terdahulu, dalam ucapan penangguhannya, Abdul Hadi menyatakan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi laluan kepada beliau untuk membentangkan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Kita tidak akan lupakan perkara itu sampai bila-bila. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya,” katanya.( Utusn online). PAOSTED BY ABNMULYA  /HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 1914 HRS ON mEI 02,2017.

No comments: