Sunday, May 7, 2017

Dr.Mahathir Terus Buat Pusingan U Turn--Dr.Salleh Said Karuk

07 Mei 2017 3:00 AM ;

KUALA LUMPUR 6 Mei – Demi memenuhi nafsu politik, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus membuat pusingan U dengan kali ini memuji DAP sebagai sebuah parti yang mewakili rakyat Malaysia, sedangkan selama 44 tahun lalu secara berterusan membenci parti politik tersebut.
Salleh Said Kewruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu di Gelang Patah, Johor semalam bahawa DAP bukan sebuah parti cauvinis Cina merupakan langkah pusingan U yang jelas, berbanding kenyataannya pada 2013 apabila menggelar Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai rasis.

Katanya, selama 44 tahun dari 1969 hingga 2013, Dr. Mahathir secara konsisten menghentam DAP dan penyokong-penyokong Cina parti tersebut termasuk dengan mengakui beliau tidak memerlukan undi Cina untuk memenangi pilihan raya.

“Satu perkara me­ngenai Dr. Mahathir ialah pendirian beliau terhadap DAP sangat konsisten. Sebaik sahaja berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-13, beliau menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membazir masa terhadap pengundi-pengundi Cina yang tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN).

“Beliau sebaliknya meminta Perdana Menteri hanya memberi tumpuan kepada pengundi-pengundi Melayu yang merupakan tulang belakang kepada UMNO,” kata­nya dalam blog beliau, sskeruak. blogspot.my hari ini. 

Menurut Salleh, semalam Dr. Mahathir menggelarkan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum dan dianggotai lebih ramai kaum berbanding dengan parti-parti kerajaan yang lain sehingga membuatkan beliau kini selesa bersama DAP.

 “Apa yang berlaku malam semalam di Gelang Patah amat bertentangan dengan pendirian oleh Dr. Mahathir semasa 2013.

“Mengapa berlakunya pusingan U secara drastik dan mengejut selepas 44 tahun membenci DAP? Kita boleh menganggap Dr. Mahathir kini begitu terdesak,” katanya.

Jelasnya, bekas Perdana Menteri itu kini sedar bahawa partinya bersama Pakatan Harapan memerlukan sokongan kaum Cina untuk memenangi pilihan raya akan datang kerana mengetahui pembangkang kini telah kehilangan sokongan pengundi Melayu.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1527 hrs on Mei 07,2017.

No comments: