Saturday, May 6, 2017

UMNO Dan PAS Perlu Raikan Persamaan

Kota Baharu,Mei 05 2017. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berucap pada MajlisMemperingati Himpunan Perhjimpunan Bangsa di Sek.Kertereh baru-baru ini.Gambar Shiddieqii Zan..Pemberita  Azra fitri.
 Mei 07,2017 @.00


KOTA BHARU 6 Mei – UMNO dan Pas perlu meraikan titik persamaan yang ada antara kedua-dua parti tersebut biarpun tidak bersatu menjadi satu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana kedua-dua parti mempunyai matlamat perjuangan yang sama untuk mendaulatkan Islam.

Beliau berkata, bagaimanapun kedua-dua parti tersebut mempunyai pendekatan atau kaedah pelaksanaan yang berbeza bagi mencapai matlamat perjuangan tersebut sehingga menyebabkan mereka terpisah.

 “UMNO dan Pas tidak perlu lawan sebab memiliki DNA (asid deoksiribonukleik) yang sama, asal daripada satu, kemudian ada khilaf, Ahmad Fuad Hassan yang tidak menang dalam pemilihan, tubuh parti untuk buat cara dia.

 “Pas dan UMNO pergi jauh mana sekalipun akan ada titik pertemuan, kalau ada titik persamaan UMNO dan Pas raikanlah dan tidak semestinya bersatu, biarlah duduk atas landasan masing-masing asalkan jangan lupa stesen untuk berhenti,” katanya semasa berucap dalam Himpunan Memperingati Perjuangan Bangsa di padang Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh di sini malam tadi.

Yang turut menjadi ahli panel ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun dan Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamadzah. Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Pas dan UMNO tidak bermusuh, cuma berebut 'uri' dan tapak untuk mencapai matlamat perjuangan.

 “Jaluran pertempuran politik sebenarnya dua sahaja, bukan UMNO dengan Pas, musuh sebenar adalah mana-mana parti yang menentang agenda, dasar atau cuba menghapuskan kita.

“Daripada sebelum merdeka sehingga kini 'tok dalang besar' adalah DAP parti fahaman sosialisme ini,” katanya. Jelasnya, DAP amat berbahaya kerana akan berubah mengikut kesesuaian untuk mencapai objektif perjuangan tetapi idealisme mereka tidak berubah sama sekali.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1432 hrs on Mei 07,2017 .

No comments: