Wednesday, September 6, 2017

KESETIAAN NOOR MOHAMED YAAKOB DAN FOREX

07 hb.Septermber 2017.

Noor Mohamed Yaakop terpaksa menulis panjang lebar mempertahankan dirinya dan Tun Mahathir. Sebenarnya tiada siapa mahu menjatuhkan atau memburukkan Noor Yaakop. Suruhanjaya Di Raja sekadar mendengar penerangan beliau mengenai skandal Forex yang masih misteri.

Hakikat bahawa Noor Yaakop masih diberi kepercayaan kemudiannya oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak membuktikan di sebalik skandal kerugian Forex masih ada banyak kelebihan beliau.

Apa pun beliau tidak boleh menafikan bahawa Bank Negara telah kerugian RM 32 bilion ringgit dalam permainan Forex semasa di bawah pengawasan beliau.

Alasan untuk menstabilkan matawang ringgit munasabah jika dalam amaun bertepatan dengan keperluan. Adalah munasabah untuk rugi dalam Forex.

Apa yang tidak munasabah ialah jumlah “permainan” yang terlalu besar. Ketika itu Bank Negara Malaysia satu-satunya bank pusat yang menjadi pemain terbesar dalam pasaran matawang.

Besar sangatkah ekonomi negara ketika itu sehingga menjadi Bank Pusat paling aktif dan ganas dalam Forex?

Adakah ia satu keperluan pengurusan kewangan atau satu perjudian? Kita akan terus tertanya-tanya apakah sikap robust BNM ini ada agenda lain seperti melesapkan sebahagian wang tersebut menggunakan alasan rugi dalam forex?

Apa pun tahniah kepada Noor Mohamed Yaakop. Beliau kekal sebagai “gentleman politician” yang tidak melepaskan tengkuk sendiri dan mengenakan bekas bossnya. Kucing dan anjing pun boleh ketawa mendengar Perdana Menteri tidak tahu permainan berbilion ringgit oleh bank pusat negaranya.

Kesetiaan Noor Mohamed Yaakop adalah sesuatu yang “rare” dalam politik hari ini.Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com AT 15O4 hrs on September 07,2017..

Dipetik dari AmKmu.Net
Tulsan Ab.Jalil Backer.

No comments: