Wednesday, September 6, 2017

NOR MOHAMED NGAKU BERTANGUNG JAWAB

Add captionnor mohamed  Yakcop


07 HB.SEPTEMBER 2017 @ 3.00AM.

PUTRAJAYA 6 Sept.-Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengakui beliau bertanggungjawab dalam kes kerugian lebih RM30 bilion yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga mata wang asing sekitar 1990-an. menerima hakikat bahawa beliau memainkan peranan dalam menyebabkan kerugian tersebut dan perkara berkenaan merupakan an­tara sebab beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan. 

“Ketika itu, saya berasa amat sedih kerana terpaksa mengak­hiri khidmat saya selama 25 tahun kepada negara melalui BNM,” katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-17 dalam prosi­ding pendengaran di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang ­asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini.

Beberapa saksi sebelum ini termasuk bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid dan bekas Pedagang Mata Asing BNM, Fizaman Noor Mohammed Nasir memberitahu, Nor Mohamed merupakan individu yang membuat keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing ketika berkhidmat sebagai Penasihat serta Pengurus Jabatan Bank bank pusat tersebut.

Walau bagaimanapun, Nor Mohamed yang kini Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad menafikan bahawa semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh bank pusat itu sekitar 1990-an ditentukan oleh beliau secara bersendirian.

Menurut beliau, perbincangan tentang kegiatan itu turut melibatkan Gabenor BNM serta timbalannya. “Selain itu, ada taklimat dalam Jawatankuasa Rizab Luar BNM dan mesyuarat pengurusan ka­nan,” jelasnya.

Sementara itu, bagi menjawab soalan pegawai pengendali RCI, Datuk Suhaimi Ibrahim sama ada beliau dipilih secara peribadi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk me­ngendalikan urus niaga mata wang asing di BNM, Nor Mohamed menjelaskan, andaian itu adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau memberitahu, Dr. Mahathir pernah memberi kepercayaan kepadanya untuk men­cari jalan penyelesaian bagi membantu negara keluar daripada krisis kewangan Asia pada 1997 dan 1998.

“Saya juga tidak pernah me­lapor kepada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri tentang sebarang isu berkaitan pengurusan rizab luar kerana bukan tanggungjawab saya untuk memberi laporan kepada mereka,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang siapa yang memberi mandat untuk mengendalikan urus niaga melibatkan sejumlah besar dana awam itu, Nor Mohamed menjelaskan, perkara itu mempunyai kaitan dengan ucapan bekas Gabenor BNM, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein di New Delhi, India pada 5 Disember 1988.

“Dalam ucapan itu, Gabenor secara terbuka membentangkan tentang kewajaran di sebalik polisi BNM untuk terlibat secara aktif dalam pengurusan rizab luar,” katanya.

Beliau menambah, kerugian besar yang dialami BNM akibat urus niaga mata wang asing pada 1992 dikatakan berpunca daripada dua peristiwa di luar jangkaan iaitu penolakan terhadap Re­ferendum Denmark 1992 dalam Perjanjian Maastricht dan Black Wednesday pada 16 September 1992 yang menyaksikan pound sterling dikeluarkan daripada Me­kanisme Kadar Tukaran Mata Wang Eropah.( Utusan online).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1424 hrs on September 07,017.

No comments: