Monday, September 4, 2017

SOROS PENGGANAS

GEORGE SOROS
Azman Ibrahim
04 hb.September 2017 @ 3.00.

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Lebih 100,000 rakyat Amerika Syarikat (AS) menandatangani petisyen yang meminta White House mengisytiharkan penyangak mata wang, George Soros sebagai pengganas domestik.

Akhbar The Washington Post melaporkan, petisyen itu telah disiarkan dalam seksyen We The People di laman sesawang milik pusat pentadbiran negara itu pada 20 Ogos lalu yang memerlukan lebih 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari bagi mendapatkan maklum balas rasmi.

Namun, pada awal petang Sabtu lalu, petisyen itu telah ditandatangani secara digital lebih 110,000 kali. “George Soros de­ngan sengaja dan berterusan cuba menjejaskan kestabilan dan terlibat dengan perbuatan menghasut terhadap AS dan rakyatnya.

“Dalam petisyen itu menyatakan, Soros didakwa me­wujudkan dan membiayai organisasi yang semata-mata memudahkan ke­runtuhan sistem dan Kerajaan Berperlembagaan AS,” menurut la­poran akhbar itu.

Seksyen We The People dilancarkan oleh Barack Obama semasa masih Presiden AS pada 2011. Seksyen itu merupakan sebuah portal yang membo­lehkan sesiapa sahaja untuk mendaftar ma­suk ke laman sesawang White House serta menyiarkan petisyen yang akan mendapat maklum balas di peringkat kerajaan.

Sebelum ini, tiada mana-mana petisyen yang me­lepasi 100,000 tan­datangan mendapat jawapan balas daripada ke­rajaan Presiden AS baharu, Donald Trump.

Terdapat bebe­rapa petisyen yang masih dalam sena­rai me­nunggu un­tuk mendapat maklum balas ke­rajaan negara itu iaitu mengenai pulangan cukai Trump yang menerima lebih 1.1 juta tandatangan dan petisyen yang meminta AS mengiktiraf Antifa iaitu gerakan antifasis sebagai kumpulan pengganas yang menerima lebih 300,000 tandatangan.

Menurut salah seorang yang menandatangani petisyen, Soros telah membangunkan pengaruh yang tidak sihat terhadap seluruh Parti Demokrat dan sebahagian besar kerajaan persekutuan AS. 

Sehubungan itu, katanya, Ja­batan Kehakiman AS perlu segera mengisytihar Soros dan semua organisasinya sebagai pengganas domestik. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.98 am on  September  04,2017.



No comments: