Kamil Maslih
Oktober 25,2017 @ 11.00am.
PUTRAJAYA 25 Oktober - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap Bajet 2018 akan memberi tumpuan peruntukan dari segi aspek kepolisan moden serta kebajikan pegawai dan anggota agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, aset dan perkakasan pihak berkuasa perlu ditingkatkan seiring dengan cabaran semasa yang didatangkan jenayah siber dan judi online.
“Di atas keprihatinan kerajaan, kita mencadangkan Perdana Menteri agar dipermudahkan dan dikurangkan kos pengambilan pembantu rumah dan diharap dengan prosedur dan peraturan baharu yang disediakan KDN akan mengurangkan banyak beban,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini. - (Utusan online).Posted by abnmulya //hgai abu bakar ninggal.blogspot.com. at 11.55 am on Oktober 25,2017.
No comments:
Post a Comment