Thursday, October 26, 2017

Mahathir Yang Sakau RM 32 Billion Negara Pulak Jadi Penyangak ?

Dipetik dari MyKmu.net
Adamayan : Oktober 25 , 2017.


INI adalah pertama kali kita mendengar gelaran Darul Penyangak, yang diberikan Mahathir kepada rakyat dan negara ini hamya kerana dia marahkan Perdana Menteri untuk sebab yang terbukti salah.

Hakikatnya, duit rakyat dikelepet RM 32 billion dibawah dia sehingga anak-anaknya hampir semua menjadi jutawan, rakyat pulak yang jadi penyangaknya.

Mereng dah orang tua ni.  Mahathir dan gelaran penyangak bukan benda baru.  Masa duit jatuh tahun 1997, George Soros dipanggilnya penyangak matawang, tahun 2013, dah bukan penyangak pulak dah.

Mudahnya, gelar-gelar macam ini hanya ikut nafsu politik Mahathir saja, bukan ada apa. Anyway, patutnya dia yang sakau, dialah jadi penyangak, kenapa mesti rakyat? 

Kita dapat apa bila duit RM 32 billion itu lesap, habuk, lainlah Mahathir, dalam masa sama, anak-anaknya jadi kaya raya.

Tak tahulah pulak kalau kemelesetan ekonomi 1997-2001 tu dianggap sebagai “hadiah” kepada rakyat kerana kejayaan melesapkan RM 32 billion?  Ironinya, Mahathir yang melesapkannya pulak nak dianggap macam hero, logik mana yang dipakaikan ni?

Sudah tentu Mahathir dan penyembahnya akan bertanyakan bukti (Mahathir sakau RM 32 billion), tapi Mahathir tuduh Datuk Seri Najib Tun Razak hilangkan RM 42 billion “di udara yang nipis”, bukti mana dia pakai?

Kurang-kurang, RM 32 billion ada RCI yang mengesahkan duit itu memang lesap dan Mahathir kalau tak jadi barua yang melesapkan, jadi barua yang mensenyapkan kelesapan itu dari diketahui rakyat. Mana-mana satu pun terlibatlah.

Lagipun berdasarkan prosiding RCI itu, nampak memang Mahathir terlibat, tak logik ada rakyat yang berkuasa membelanjakan berbillion wang negara tanpa diketahui Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu.

Nak ambik duit rakyat mesti ada kebenaran yang diamanahkan menjaganya – kerajaan, bukan ambik begitu saja macam mak bapak dia yang punya.
Apa pun, wajarkah rakyat dihina begitu rupa bagi perkara yang tidak berlaku?  Kita tahu menghina memang kegemaran Mahathir selepas kuda dan lesapkan duit rakyat, tapi come on la.  Tua-tua ganyut macam ni nak berlagak samseng, buruk benar rupanya.
RM 42 billion tidak hilang, sementara RM 2.6 billion adalah derma politik – bukan curi duit sesiapa, kalau ya, mana buktinya?

Tapi Mahathir kenapa tuduh rakyat dan negara ini sebagai penyangak pulak?  Janganlah kata gelaran Darul Penyangak tu untuk Najib pulak selepas ni, mana ada orang digelar sebagai Darul, negara atau negeri adalah. ( Posted by abnmulya //  haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1654hrs on Oktober 26,2017.

No comments: