Tuesday, December 5, 2017

KENYATAAN ZAID BIADAB,HINA SULTAN SELANGOR

Abdul Yazid Alias 
06 Disember 2017 3:00 AM


SHAH ALAM 5 Dis. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli DAP ketika ini, Datuk Zaid Ibrahim dicela kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 
BUDIMAN MOHD ZOHDI

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan Zaid itu bukan sahaja dianggap biadab tetapi turut memperlihatkan dirinya yang gagal memahami maksud sebenar titah baginda yang mengambil berat terhadap masa depan negara serta keharmonian rakyat di negara ini khususnya di Selangor.

‘‘Titah Sultan Selangor itu harus dilihat dari sudut yang positif, tentang betapa sayangnya baginda kepada rakyat dan negara Malaysia. Tetapi, seperti kebiasaannya, pembangkang yang tidak pernah berhenti bermain politik telah sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar mereka.

“Sudahlah titah baginda pada bu­lan lalu menegur kenyataan ra­sis Tun Dr. Mahathir Mohamad (Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP) yang menyatakan bangsa Bugis sebagai lanun tidak mahu dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini mereka mempertikaikan pula titah baginda,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Budiman, raja-raja Me­layu merupakan tiang utama negara ini manakala titah yang di­keluarkan oleh baginda telah di­susuli dengan pertimbangan dari se­tiap sudut selaras dengan tanggungjawab baginda memastikan kedudukan negara berada dalam keadaan yang terbaik.

Malah, tegas Budiman, titah Sul­tan Selangor itu jelas bukan bersifat politik tetapi ia adalah suatu bentuk peringatan kepada para pemimpin dan rakyat daripada semua kaum supaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian di negara ini.

“Tindakan Zaid mempertikai ti­tah baginda adalah jelas cuba menafikan peranan raja-raja Melayu. Beliau menunjukkan sikap angkuh dan biadab,” tegasnya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi wawancara khas dengan sebuah akhbar tempatan berbaha­sa Inggeris hari ini me­nya­takan ke­bimbangan baginda dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja mengeks­plotitasi isu kaum, agama dan lain-lain perkara sensitif dalam usaha menagih sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Titah baginda, tindakan seumpama itu dilihat akan mele­takkan negara ke arah kehancuran yang mana isu tersebut sentiasa menjadi perkara yang dibincang serta dibimbangkan oleh sembilan raja-raja Melayu di negara ini.

Malah, dalam wawancara sama, baginda turut menegur Mahathir yang sebelum ini menghina etnik Bugis selain menyifatkan bekas Perdana Menteri itu merupakan seorang pemimpin yang memiliki inferiority complex (merasa rendah diri yang kompleks) selain perasaan kebencian mendalam dalam dirinya.

Bagaimanapun, pandangan baginda itu dipertikaikan oleh Zaid apabila beliau menasihatkan baginda supaya berhati-hati dalam berkata-kata. 

“Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-ka­tanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” dakwa Zaid dalam satu kenya­taan menerusi laman sosial twitternya.
(Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. 12.30 noon on Disember 06,2017.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kenyataan-zaid-biadab-hina-sultan-selangor-1.567414#ixzz50S0FBkN7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: