Thursday, September 26, 2013

Dr.Mahathir tiada pengaruh lagi untuk bantu Mukhriz,kata Ku Li

OLEH MD IZWAN 
SEPTEMBER 26, 2013 
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 26, 2013 12:18 PM.

Tengku Razali Hamzah disidang meja bulat ekonomi di ISIS.
Tengku Razaleigh Hamzah di sidang meja bulat ekonomi di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013. Tengku Razaleigh Hamzah di sidang meja bulat ekonomi di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013.

Tengku Razaleigh Hamzah meneruskan sengketanya dengan bekas lawannya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menyifatkan beliau tidak lagi berpengaruh untuk membantu anaknya dalam pemilihan Umno kali ini.

Anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan untuk masuk bertanding dalam jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

"Semoga berjaya kepada beliau (Mukhriz). "Saya tidak lihat bapanya (Dr Mahathir) mempunyai pengaruh lagi, kita boleh lihat semasa cubaannya untuk kembali ke arena politik gagal selepas tewas dalam pemilihan bahagian di Kubang Pasu," kata Tengku Razaleigh semasa ditemui wartawan di sidang meja bulat ekonomi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Beliau turut mengulangi pendirian mendesak pemimpin kerajaan supaya mengisytiharkan aset mereka kepada umum sebagai langkah memastikan ketelusan dalam pentadbiran.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, kesan rasuah adalah lebih buruk kerana ia memberi impak kepada semua kumpulan khususnya rakyat Malaysia keseluruhan.

"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," katanya. "Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu. Rasuah adalah perkara utama yang kita hadapi," katanya. - 26 September, 2013.(The Malaysian Insider/tulisan dan photo).Posted by abnmulya / Bakar Ninggl.blogspot.com.at 2140 hrs on Sept.,26,2013.

No comments: