Tengku Razaleigh Hamzah
Katanya, beliau juga bersedia menghadapi segala kemungkinan tindakan yang ba­kal dikenakan terhadapnya.
“Saya sedia hadapi se­galanya. Saya berada dalam parti lebih lama daripada mereka semua ini di sini (Parlimen),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li diminta mengulas siasatan UMNO terhadap tujuh pemimpin yang dilaporkan media akan dikenakan tindakan disiplin.
Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa tujuh pemimpin UMNO kini sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berhadapan tindakan digantung parti selain digugurkan daripada jawatan.
Dalam pada itu, Ku Li berkata, setiap parti berhak memantau mana-mana ahli kerana ia merupakan amalan biasa.
Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan setiap ahli sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
“Semua pertubuhan mempunyai peraturan pertubuhan seperti kesatuan sekerja malah parti komunis juga mempunyai peraturan seumpama itu. Mereka siasat, kesan pergerakan (ahli),” katanya.( utusan online-politik).posted by abnmuya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.32 am on Okt.,30,2015.