Semalam, ketika Lim Guan Eng (DAP-Bagan) membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, selama hampir setengah jam beliau menggunakan platform itu untuk melontarkan ‘cili, peluru dan Mat
Jenin’ tetapi amat kurang dipintas atau dicelah penyokong kerajaan.

Antaranya, Guan Eng mendakwa kalau ringgit tidak dipulihkan, Bajet 2016 ‘dikira’ gagal. Benarkah?
Sedangkan kita maklum, kejatuhan ringgit tidak ada kena me­ngena dengan isu dalaman negara. Insiden nilai matawang Malaysia jatuh berkait rapat dengan elemen global, sebelum muncul ‘isu kontroversi’ yang diviralkan ketika ini.

Pada 2014, harga minyak dunia mengalami kejatuhan mendadak yang mana pada Januari 2014, harga minyak berada pada paras USD106 setong dan secara beransur-ansur mengalami kejatuhan sehingga ke paras USD50 setong hari ini.

Kejatuhan harga minyak dunia juga adalah disebabkan oleh masalah permintaan (demand) dan bekalan (supply) yang mana terdapat lebihan minyak yang dihasilkan oleh pengeluar minyak dunia. Ekonomi terbesar dunia,

AS dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini telah berjaya mengeluarkan minyak yang mencukupi untuk ke­gunaan domestiknya dan mengurangkan kebergantungan kepada OPEC sebagai pengeluar utama mi­nyak dunia.

Ekonomi kedua terbesar dunia, iaitu China pula sedang mengalami kelembapan ekonomi, menyebabkan bekalan minyak dunia melebihi permintaan (demand) dan menekan harga ke bawah.

Apabila berlakunya kejatuhan harga minyak dunia, ia memberi impak negatif kepada matawang komoditi (Commodity currency) se­perti ringgit.

Matawang komoditi adalah nama yang diberikan kepada matawang yang bergantung kepada hasil pengeluaran bahan mentah sebagai sumber utama perbendaharaan negara.

Disebabkan Malaysia bergantung kepada hasil pengelu­aran bahan mentah, terutamanya sumber petroleum maka ringgit cenderung untuk bergerak selari dengan pergerakan harga minyak mentah.

Penyokong kerajaan mesti tangkas menjawab dan mencelah. Ja­ngan hanya ‘pandai’ mencelah dan meminta penjelasan ketika rakan sendiri berbahas. Ada tiga hari lagi untuk dewan bersidang dalam ming­gu ini.( utusan online-parlimen).posted by abnmulya // haji bakar ninggal.blogspot,com.at 9.8 am on Okt.,28,2015.